Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, October 12, 2011

Karnival Jalur Lebar Kebangsaan 15-16 Oktober, Taman Tasik Taiping, Perak


Esok akan bertolak ke Taiping..
Bersama2 rakan2 PID Perak..
Juga bersama family tersayang..

Bagi yang berada di daerah Kerian amnya dan sekitar Taiping khasnya..
Jangan lupa mai jengah Karnival Jalur Lebar kat Taman Tasik Tepen..
15-16 Oktober, jam 9.00 pagi sampai 7.00 malam..
Dengar kata malam 15hb tu ada konsert tau..
Dafi lagi.. OOO EMMMM GIIIIIII :)

Kalau nak jumpa Kak Zel & the geng..
Boleh mai booth Pusat Internet Desa..
Bersebelahan dengan booth TM..

Hadiah-hadiah di atas..
Termasuk hamper yang tak semenggah tu..
Dah laa isi dalam tak sama banyak..
Bukan apa.. Kak Zel  ni antu makanan ringan gak tau..
Kalau tak beli.. takpe tak payah makan..
Tapi kalau ada depan mata..
I tak tahan godaan..

Maka, adalah 3-4 bungkus yg tak sempat masuk hamper..
Dah masuk perut dulu..

Takpe.. banyak hadiah lagi..

Hadiah-hadiah ni akan diberi kepada pengunjung-pengunjung bertuah..

1- Ada banyak contest mencabar minda
2- Teka silangkata ICT
3- Teka kapasiti DVD
4- Games (yang pasti ada Angry Bird)
5- SMS terpantas
6- Mewarna menggunakan paint
7- dan pelbagai lagi hal-hal yang mudah-mudah

Membolehkan pengunjung memenangi hadiah2 tersebut..

Gambar2 di atas, baru dari PID Tg Malim tau..
Ada 3 lagi PID lum tunjuk hadiah2 mereka..
Dan ada goodies 100 buah (tak tau apa)..
Menanti para pengunjung..

So, datang jangan tak datang ;)



3 comments:

noradzlina.kamdani said...

wah...kire road show la nih...

I want to lose weight said...

kat n.9 pun ada nanti

qaseh johanna said...

sy org tepeng kak tp xleh p sebab dok kt Rawang ni jauh le plak rase..nk tumpang leh..??