Nuffnang Ads
Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)
Saturday, August 25, 2012
Hari terakhir bercuti.....
Habis dah 9 hari bercuti..
Dah laa pagi tadi sebelum buka mata..
Aku mimpi hari ni hari Isnin..
Nasib baik buka-buka mata..
Rupanya baru Ahad :)
Pengisian sepanjang cuti raya ni..
Malam raya kat umah Hajah Norlia..
Hat ni wajib...
Raya pertama pergi melawat opah kat Langkap..
Kat sana Mak Ngah jamu laksa..
Oh Mo.. sedap wei!!
Pastu yang bestnya... terus balik Kuala Kurau..
1st time MIJ ikut jalan dalam..
Ikut Manjung.. Setiawan.. Changkat Jering.. Kemunting.. Bagan Serai..
Jauh dowh... lain kali takmo dah..
Baik ler dari Langkap kuar Mambang...
Masuk tol Gopeng..
Raya kedua gi umah sedara belah wan..
Dapat makan sup tulang yg giler sedap..
Pastu terus balik semula ke Tg Malim..
Raya ketiga pergi rumah Uda..
Uda jamu mee hailam..
Hari ni besday Kalep..
Tapi dia takde rumah..
Dia tinggal kat umah Onyang sama nenek..
Raya keempat..
Duduk rumah diam-diam sebab MIJ keje..
Elok nak petang..
Adik aku mai ambik bawak g umah Hajah Norlia..
Mak aku buat bihun sup ayam :)
Raya kelima..
Menghabiskan masa kat umah mak aku..
Sebab kereta masuk bengkel..
Tukar cermin depan yang retak sbb kena batu..
Nasib baik ada insuran..
Petangnya..
Pergi rumah mentua pulak..
Sambut besday cucu kesayangan aki..
Makan kek beli kat kedai.. sama KFC..
Raya keenam..
Awal2 tu duduk rumah..
Sekali MIJ ajak makan kat luar..
OH yes..
I sangat rindu kari ayam pekat kedai Jalal..
Petang tu balik semula ke umah mentua..
Jumpa family abang Ngah yang baru tiba dari Kelantan..
Rupanya abang Chik pun belum balik..
Adik bongsu MIJ pun masih ada...
Lengkap laaa family MIJ dengan adik beradik dan sepupu sepapat Kalep..
Malam tu gak balik umah Hajah Norlia semula..
Tido sana sebab pagi2 raya kenduri kahwin sepupu aku..
Umah Hajah ada bihun tomyam pedas sama ikan 3 rasa..
Makan nasi pulak..
Raya ketujuh...
Dihabiskan di kenduri kahwin kat Batu Arang..
Tapi tak tunggu lama pun..
Hasya dah ngamuk2 nak tido..
Maka aku sekeluarga balik Tg Malim..
Hari ini raya kelapan..
Uwaaaaa...
Kalau boleh nak cuti smpi raya ke 30..
Secara keseluruhannya..
Raya kali ni aku kurang makan lemang..
Bukan sebab diet laa sangat tu..
Tapi, raya kali ni badan cepat berangin..
Pastu kalau minum air gas..
Confirm aku cirit birit..
Nampak sangat perut dah tak boleh terima gas tu..
Esok keje.. dan2 terus ada SSM..
Lagi ada Prestariang nak anta PC..
BLUES!!!!!!
.
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
best nye baca diari raya dia..selamat hari raya :)
wah..padat gak cuti raya ko.
Post a Comment