Nuffnang Ads
Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)
Monday, September 10, 2012
Hasya naik ambulan ke Hospital Slim River...
Asalnya.. Rabu Hasya demam panas..
Pagi tu dah bawak jumpa doktor..
Doktor bagi ubat demam + batuk + selsema..
Namun, pada malam tu..
Nafas Hasya jadi lebih kencang dari biasa..
Suhu main 39-40 jer..
Sebaik papa tiba..
Terus berdesup pi klinik balik..
Kat sana doktor bagi nebulizer..
Lepas tu dia OK balik..
Just demam-demam gitu jelah..
Khamis tu sepanjang hari dia ok jer..
Aku pun tak keje..
Tapi bila masuk je malam..
Nafas dia mula kencang balik..
So, pepagi Jumaat tu..
Aku bawak dia pergi Klinik Kesihatan Kalumpang..
Memula dapat jumpa MA je...
Lepas MA dengar pernafasan dengan paru-paru dia..
Terus MA tolak ke doktor..
Masa ni aku tak sedap hati dah..
Sampai kat doktor..
Memula doktor tu membebel ler macam2..
Dia ingatkan aku biar Hasya demam batuk camtu sampai 3 hari..
Lepas habis dia membebel.. baru aku explain..
Yang Hasya sudah on medication dari Rabu..
Dah ambik nebulizer 1 kali..
Pastu baru laa doktor tu berbaik semula dengan aku..
Mula tadi bengkeng semacam jer..
Kena cek darah..
Mula dah episod ngeri menjerit sekuat hati..
Result darah keluar.. Hasya demam biasa.. bukan viral fever..
Namun.. doktor masih ragu2 dengan keadaan paru-paru dia..
Katanya bunyi lain dari batuk biasa..
Kalau x-ray baru tahu apa yang tak kena..
So, dia advised aku ke hospital segera..
Aku pun oklah.. bagi jelah surat aku pi spital..
Sekali doktor kata.. tak boleh pergi sendiri.. kena naik ambulan..
Adoyai...
Lecehnya sebab aku drive tadi masa datang..
Dah tu si Kalep pun ada sekali..
Tentu-tentu dia tak boleh naik ambulan..
Call FIL aku.. nasib baik dia ada rumah..
Sampai emergency..
Terus pasang line kat tangan..
4 kali cucuk baru dapat..
Dia punya menangis tak yah citer la..
Rasa cam mami pun nak meraung sekali kat situ..
Dah siap pasang line..
Bawak pergi x-ray..
Menangis jugak..
Tapi kali ni mami dah cool sket..
Sebab papa dah datang..
Result dari x-ray..
Hasya kena BRONCHOPNEUMONIA..
Atau bahasa kampungnya..
Paru-paru dijangkiti kuman..
Kena laa masuk wad...
Ni masih kat emergency lagi..
Sebab nafas dia mula kencang balik..
Doktor bagi nebulizer..
Lama lak tu.. lebih 30 minit..
Selama 30 minit tu laa jugak dia melalak tak benti-benti..
Tengah2 nebs tu..
Datang nurse nak masukkan ubat ikut line..
Sekali Hasya rentap tangan dia..
Habis tercabut line..
Bersembur darah ke lantai..
Adddoiiiii....
Dah hazab sekali lagi nak wat line baru..
Sian memang kesian..
Tapi apa nak buat..
.
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saya x sanggup kak nk tgk part nk cucuk2 neh..
Salam.semoga hasya cpt sembuh ye. anak saya penah kena juga pnemonia seawal umur 7 bulan.duk hospital kejenye mmg kena nebs n sedut kahak je.doc diagnos dia ada bronchilitis.so on inhaler sahaja up until now.smoga hasya tak mcm tu.
semoga cepat sembuh hasya...amin
Post a Comment