Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, July 10, 2013

Phnom Penh Part 10- Killing Field

Satu lagi tempat wajib pergi bila ada kat Phnom Penh..
Killing Field...
Tempat tahanan dan orang2 yang ntah  bersalah ke tidak dibunuh..

Agak jauh dari S21 tadi..
Memula tu aku ingat s21 tu satu.. Killing Field ni satu..
Rupanya serata Cambodia..
Merata ada pusat tahanan dan merata ada Killing Field..
Hampir 2 juta atau 2 000 000 rakyat telah dibunuh oleh Pol Pot..


Ni pintu masuk Killing Field..
Masuk2 tu kena bayar entry fee dulu..
Sorang USD5.. bebudak tenit2 tak payah bayar..

Kalau panas korang akan diberi sekaki payung biru

 

Audio gadget ni pun akan diberi..
Untuk yang takde tourist guide..
Boleh dengar melalui benda ni..
Setiap point ada nombor..
Tekan nombor yang sama pada alat tersebut..
Tak suka dengar in English.. boleh dengar in Malay..


Masuk2 je akan nampak stupa ni..
Ini binaan baru..
Dalam ni penuh dengan tengkorak dan tulang2 mangsa Pol Pot..


Dalam kawasan Killing Field ni ada lebih kurang 126 lubang..
Setiap lubang ada ratusan mayat dalam tu..
Yang dah dikorek dalam 80 lebih..
Itu pun dah padat tempat menyimpan..
Sebab takde tempat dah nak simpan..
Selebihnya tak dikorek..

Yang menyeramkan..
Oleh kerana lubang-lubang ini kedudukannya hampir..
Jadinya kita akan berjalan juga atas kubur2 besar ni..


Gigi ni kami jumpa..
Aku tak pegang..
Tourist guide aku yang angkat gigi ni..

Yang ni pulak..
Kubur besar yang mayat dalamnya takde kepala..
Kepalanya tak tau dibuang kat mana..


Gelang2 yang disangkut tu..
Macam upacara keugamaan..
Tanda hormat pada si mati..


Belakang Kalep tu baju-baju mangsa bunuh Pol Pot..


Pokok ni paling mengganggu emosi..
Bila ada kanak2 dan bayi2..
Mereka libas bayi2 tersebut ke batang pokok..
So, pecah kepala dan mati laa baby2 tu..

Kalau dulu..
Boleh nampak kesan2 darah..
Cebis-cebisan otak..

Bila dah mati..
Baby2 tu akan dicampak ke lubang bersama ibu bapa dia..


Ini satu lagi cara depa bunuh budak2..
Sorang campak ke udara..
Sorang lagi tikam dengan pisau hujung senapang..
Campak terus ke sungai..


Pokok ni pulak..
Tempat gantung orang..
Dahannya besar-besar..
Pastu keliling pokok ni digali lubang2 besar..
So, bila dah mati tergantung..
Terus boleh humban masuk lubang..

Selain tu..
Magic tree ni juga diletakkan speaker besar..
Speaker tersebut dipasang lagu2 menaikkan semangat tentera..
Dipasang dengan begitu kuat..
Supaya tahanan yg dikurung dalam tempat tahanan..
Tak dapat dengar suara2 orang yang diseksa dan dibunuh..



.
.
.

2 comments:

Cerita Ummi dan Abi said...

Sedihnye baca dorang bunuh baby dengan kanak2 sampai macam tui sekali... takde hati perut betul...kesian... bawak budak2 kecik pergi tempat macam ni takpe ke? tempat ni mesti banyak roh terawang2 huhu

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

mak akak dah jampi2 sket bebudak ni