Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 22, 2011

Sudah jarang meragam..

Lega dah sangat-sangat skang ni..
Satu malam.. Hasya bangun dalam 2-3 kali..
Tu pun sebab haus..
Menenen dalam 5-10 minit..
Pastu lelap balik..

Skang ni satu je masalah dia..
Kalau minum EBM guna botol..
Lepas minum, lum sempat lagi nak sendawakan..
Memancut muntah..
Kang dah lepas sendawa.. muntah lagi..
Abih tu apa yang tinggal dalam perut dia..

Kalau direct BF..
Muntah jugak.. tapi lambat sket..
Kadang2 tengah BF tu tetiba je menyembur muntah..

Dedulu takde laa teruk sangat..
Skang ni makin menjadi-jadi pulak..
Tilam.. bantal.. smpi lencun dengan muntah dia..

Ke perut dia penuh sangat susu?

Sbb skang ni lubang putingkan dah besar & banyak..
So, laju jelah dia hisap cam hisap botol susu..

Ada cara ke nak mengatasi masalah ni?

Satu lagi pasal EBM beku..
Lansung dia takmo minum..
Aku pun dah malas nak wat stok beku..
Dalam peti ais adalah dalam 15 bekas je lagi..
.
.

7 comments:

noradzlina.kamdani said...

muka hasya dh mcm muka ank sedara ko la zel...

LiAnA said...

dulu aqil masa baby selalu camni.. bf jugak.. pi jumpa paed katanya perut dia penuh angin.. beli ubat baru ok skit..

I want to lose weight said...

nak kata penuh angin.. masa menetek kemain mengentut lagi..

a l y a a a h m a d said...

suka gmabar hasya yang nie sebab pandang camera...slalunyer mesti gambar dia tdo or buat benda lain.hihihi

sab said...

ada stgh bby mmg kuat muntah after menyusu..kena sbr la basuh muntah dia..tp takpe..lelama ilang la tu.. :)

Wanita Mutalib said...

makin comel!

haah la kak, baby saya pun tak suka stok beku tu, kenapa eh?

zatie_izzati said...

subhanallah... sgt comelllll