Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, June 29, 2012

Telur rebus


30/06/2012 - Sabtu

Alhamdulillah.. pagi ni berat turun jugak..
Tapi sikit je..
Apsal tau?

Malam tadi kul 12.00 tgh malam..
Aku, MIJ ngn bebudak ni pi anta mak aku ke LCCT..
On d way balik tu.. dalam kul 2.30 pagi..
Tiba2 anak-anak aku lapar la pulak..
Kalep seharian tak makan..
Hasya aku just bagi susu..
MIJ pulak dah mengantuk..

Last2 benti kat KFC yg tepi highway tu..

Aku pun agak lapar..
Sebab petang tu aku masak tomyam ayam + udang..
Siap masak.. nak pi ambik Hasya..
Aku tutup dengan penutup periuk..
Tapi bagi ada lubang sket..
Nak bagi wap keluar..

Rupanya... ada langau 2 ekor sudah masuk berenang dalam tu..

Mula-mula nak cuit-cuit je..
Maklum laa diettttt sangat!!
Ngap aku makan ayam goreng 1 1/2 ketul..
Nugget 2 ketul..
Fries aku tak nak.. tapi Hasya dok sumbat mulut aku..
Lupa nak kira bape banyak dia sumbat.. :)

Air manis tak sentuh..
Aku balik laa dengan rasa ada ayam tersangkut kat rengkung..

Dalam hati dah seram..
Adakah esok akan tunjuk 120-an balik :(

Pagi ni timbang..
Alhamdulillah.. turun 0.4kg :)

Minggu ni penurunan memberansangkan...
Aku rasa sebab makan telur rebus..
Bila telur rebus.. aku takde tambah garam..
Takde tambah bawang.. cili.. sayur (carbs tersembunyi)..
Memang kunyah telur tu dengan mayonis low carbs semata-mata..

Berat pagi ini = 119.1 kg
Berat semalam = 119.5 kg
Jumlah penurunan = 0.4 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 8.4 kg

Agaknya kalau tak makan KFC malam tadi..
Mesti dah cecah bawah 118 kg :)
.
.
,

Thursday, June 28, 2012

Akhirnya.. bye-bye 120-an :)



29 Jun 2012 - Jumaat
 
Akhirnya nombor yang dinanti-nantikan muncul jugak..

Hari ni tak update panjang lebor..
Ada banyak keje..

Berat pagi ini = 119.5 kg
Berat semalam = 120.3 kg
Jumlah penurunan = 0.8 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 8.0 kg

.
.
.

Wednesday, June 27, 2012

Cer cuba telur rebus pulak..


 28 Jun 2012 - Khamis

Aku dah tak boleh telan scramble egg..
Wpun membayangkan telur hancur tu umpama nasi..
Dimakan dengan lauk-pauk..
Semalam.. hampir terkeluar balik dah..

Maka hari ni tukar pulak..
Telur rebus + mayonis + lada hitam + pepper..
Harap2 boleh telan laaa...

Lagi ada ikan tenggiri goreng baki malam tadi..
Pastu ayam goreng kunyit..

Eeeee sama je kan...

Untuk sayur hari ni aku pilih salad lagi..
Sebab salad tu dah nak kecut dalam peti ais..
Kena abihkan cepat..

MUAK!!!



Mak aii.. banyak nyer rambut gugur..
Nampak sangat minggu ni lansung tak memvakum rumah..
Sibuk maaaa...

Kan nak bersara ni..
Banyak laa barang2 nak dikemas..
Bukan kejap aku keje PID ni..
Hampir 10 tahun sudah..
Last2 dilempar ketepi jalan bagaikan kucing kurap..

Lantak laa...
Ada rezeki di mana-mana..

Berat pagi ini = 120.3 kg
Berat semalam = 121.4 kg
Jumlah penurunan = 1.1 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 7.2 kg
.
.
.

Tuesday, June 26, 2012

Dah jumpa kamera..


27 Jun 2012 - Rabu

Ye-ye menuduh Hasya hilangkan kamera..
Rupanya aku tertinggal kat pejabat..

So, hari ini..
Seperti di atas laa makanan aku..
Ni merangkap sarapan dan lunch..

Berat aku pagi ni 121.4kg
Asalnya dari 122.7kg pada hari Isnin..
So, beza 1.3kg daripada Isnin..

Nampaknya lama betul aku tersangkut kat 121 ni tau!!
Masuk minggu ni dah 2 minggu..
Ikut hati cam dah tak tersabor dah..
Makan tak sedap.. tapi berat tak turun..

SAPA SUH KO CHEAT!!!

Hahaha.. betul jugak..
Padan muka!!

Minggu ni tak cheat dah kot..
Hajah Norlia not around!!
Dia pi holiday sorang dia..
So, besar kemungkinan aku akan berjaya..

Tapi.. dah pasang niat..
4 Julai.. besday MIJ..
Nak cheat sekali lagi..
Nak makan kek sepotong!!

Ye-ye..
Korang akan kutuk APA KEJADAH DIET CAMNI?

Jadah tak jadah..

Tak payah laa susah-susah wat analisis tentang diet aku ni..

Janji aku diet!! :))
.
.
.

Queen In-Hyeon's Man



Drama ni kategori wajib tengok..
Jalan citer best...
Pelakon-pelakon pun best..

Mula-mula cam fed-up nak proses drama ni..
Sebab subtitle lari giler2 punya..
Mesti aku salah download version..

Apa pun.. berkat kesabaran Kak Zel yg sentiasa lapar..
Siap juga 16 episod drama ni..


Ni hero.. Kim Bong Do (KBD)...
Dia ni asalnya dari zaman Joseon..
Dia dari kalangan high ranking officer ler jugak..
Tapi disebabkan fitnah, keluarga dia semua mati dibunuh..

Dalam menyiasat siapa yg sebabkan kematian keluarga dia..
Dia dapat tangkal (talisman) daripada orang gaji dia..
Tanpa disangka-sangka..
Talisman tersebut boleh menyebabkan perkara ajaib berlaku..

Apabila berada dalam keadaan bahaya..
Tatkala dia recite perkataan dalam tangkal tersebut..
Dia akan pergi ke 300 tahun ke depan..
Iaitu 2012!!!


Hat ni heroin.. dia dari 2012..
Choe Hui Jin ni seorang pelakon yang so-so gitu..
Dia dapat jadi heroin untuk drama historical..
Yang mana dalam drama tu dia jadi Queen In-Hyun..
Drama Queen In-Hyun ni..
Mengisahkan tentang pergolakkan yang berlaku pada zaman Kim Bong Do..

Dia ni character dia cam sengal2 udang sket..
Tapi sweet...

Dia orang pertama yang jumpa Kim Bong Do..
Mula-mula dia igt diri dia dah gila..
Lama-lama dia lak naik syok kat Kim Bong Do..


Yang tepi belah kanan tu..
2nd hero.. Hang Dong Min..
Dia ni ex-bf Hui Jin..
Dia laa hero dalam drama yang depa tengah shooting..

Hang Dong Min ni sibuk nak couple balik dengan Hui Jin..
Hui Jin memang tak suka dia..


Depa berdua ni cepat je jatuh cinta..
Tapi memang banyak rintangan laa dalam hubungan mereka..
Disebabkan hero masih ada tanggungjawab di zaman Joseon..
Dia selalu jelah hilang begitu sahaja..
Tinggalkan heroin tertunggu-tunggu.. terbengong-bengong sorang...


Sampai laa satu hari..
Masa kat zaman Joseon..
Talisman tu terpotong dua..
Akibat dari terpotong tu..
Hero hilang ingatan..
Tapi heroin ingat kat dia..
Cuma masa cam terhenti satu bulan..
Dan satu bulan tu hilang begitu sahaja...



Bila keadaan semua dah OK..
Hal-hal kat zaman Joseon pun dah selesai..
Kim Bong Do ambil keputusan untuk terus tinggal di 2012..

Namun, apabila pemberi talisman mati dibunuh..
Secara tiba-tiba.. Kim Bong Do kembali semula ke zaman Joseon..

Selepas tu dia tak mahu lagi Hui Jin sedih..
Dengan kejap muncul.. kejap hilang..
Dia ambil keputusan bakar talisman tersebut..
Supaya ingatan Hui Jin kepada dia hilang..

Tapi.. tapi.. tapi...

Kalau dah cinta sejati tu kan...

Kena tengok sendiri apa sudahnya drama ni?
Adakah Kim Bong Do bunuh diri?
Adakah Hui Jin couple balik dengan Hang Dong Min?
Berjayakah Kim Bong Do kembali ke 2012 tanpa talisman?


THEY ARE OFFICIALLY DATING!!!!!

Masuk ruangan gossip pulak..
Tau dak..
Masa drama ni tengah shooting..
Hero, Ji Hyun Woo.. buat pengakuan terbuka..
Yang dia suka pada Yoo In Na (heroin)

Tapi mula2 tu heroin wat diam je..
Yelah.. kat Korea ni lain sket..
Bila pojaaan ramai ni couple ke hape..
Tetiba kang banyak je antifan..


Namun, selepas 10 hari pengakuan hero..
Dalam satu rancangan..
Yoo In Na bagitau..

JI Hyun Woo...
Bukan lagi Queen In-Hyun' Man..
Tapi dah tukar Yoo In Na's Man..

Ssssoooooooo ssssweeeeeeettttttt!!!!


Gambar-gambar ni..
Candid masa depa kuar dating...

Ini laa salah satu faktor yg menyebabkan drama ni best..
Chemistry pelakon yang sangat baik..
Kalau bab kiss tu.. nmpk real sangat..
Pastu muka hero tu.. sentiasa nampak cam dia caring sangat pada heroin...

So, apa lagi..

Dah gaji kan?!!!

wink.. wink ;)
.
.
.








Sunday, June 24, 2012

Lega tapi...


Mula-mula...
Ucapkan PADAN MUKA kepada aku :)

2 hari bersukaria..
Padahal induction 2 minggu pun tak habis lagi..

Dengan laksa la.... lemang laaa...
Tosei laa.. keropok ikan laa...
Air kundur laa... Kari ayam laa... Kari ikan laa...
Biskut laaa... roti laaa...

Wpun hanya laksa yang aku betul2 makan..
Yang lain2 ala-ala cuit2 manja gitu..
Tapi berat naik 2kg hokay!!!!
Tak tipu ni.. betul!!!
Tapi takde gambar sbb kamera aku ntah ke mana Hasya campak..

Maknanya...

Atkins ni..
Cepat turun.. tapi AWAS!!! Cepat naik!!

Lepas makan macam2..
Memang hati rasa senang..
Sekali timbang pagi ni..
Susah hati balik!!

Namun, untuk menyedapkan hati sendiri..
Pagi ni gatal lak nak menyauk baju yang dibuat sebelum pregnant Hasya..
Lepas beranak hari tu tak leh pakai..
Sengkak kat perut...
Hari ini sudah boleh pakai dengan nyaman..
Lengan je cam ketat sket..
Tang perut OK :)
.
.
.

Cabaran mak dekat....

Aku ingat cabaran bila duk umah hari cuti paling hebat..
Igtkan cabaran suap anak makan pun sukar..
MIJ minum air gas letak ais pun mencabar..
PIL aku dok bagi durian & serawa hari2 cukup utk wat aku pitam kempunan..

Rupanya...

Cabaran maha hebat..
Adalah dari mak aku sendiri..

2 minggu dah Atkins..

Semua hancus dihujung minggu dikerjakan mak aku..

Minggu pertama..
Tetiba dia membuat keputusan menyambut besday kat umah aku..
Dengan KFC 1 barrel..
3 ketui terus aku tibai..
Dah tu siap kek sepotong...

Minggu kedua..
Lagi mencabar..

Mak aku dok call...
Bagitau dia masak laksa..
Lagi ada rendang ngn kari ayam pekat + serunding daging..

Uwaaa!!

Aku tak tahan..

Lagi lak dia dok pujuk..
Ala.. sehari je tak diet...
Takkan laaa naik 10 kilo kan...

oh tidak !!!

Pastu hari ni..

Dia masak pulak ikan siakap bakar + air asam tomato
Lagi ada ikan keli bakar + kuah santan cili kering bawang..
Mak aiiiiii!!!

Nasib baik aku mampu bertahan dengan makan lauk je tak makan nasi..

Tup2 tengah kitaorg marathon tengok filem2 astro first..
Adik aku goreng keropok lak 3 pinggan besor..
Siap ada air oren gas sejuk...

Adoyai!!!!!

Hancus!!!

Kecewa aku dengan diri sendiri tau...
.
.
.

Friday, June 22, 2012

Semangat dah ke laut...


23/06/2012 - Sabtu

Bukan sebab berat aku naik 2kg..
Berat aku tak ke mana-mana pun..
Dok tara 120.7kg tu jugak..
Dah laaa.. malas nak fikir..
Seumur hidup orang dah tau aku gemuk..
Dari baby aku dah montel..
Apa ada hal?!!

Ni berkenaan keje tak seberapa aku ni...
Akhirnya.. saat ditunggu tiba juga...
2-3 minggu sudah..
Dimomokkan dengan harapan palsu bahawa kontrak akan sambung lagi 3 bulan..
Oklah tukan..
Sempat lagi menabung untuk ke Vietnam..
Sempat laa raya riang ria..

Tup-tup...
Lagi seminggu kontrak nak habis..
E-mel diterima.. bye-bye PID..

Wpun dah jangka.. dah bersedia..
Tapi mental aku terganggu jugak..
Fikirkan apa aku nak buat lepas tak keje..
Takkan dok umah jaga anak?!!
Menambah stress!!

Bukan aku tak suka jaga anak aku..
Tapi sebab dari Khaleef baby smpi laa Hasya..
Aku belum pernah lagi jaga depa seminggu tanpa henti..
Bagi laa aku masa sket kan..
Takkan laa mendadak nak kepit anak kat rumah..

Ikutkan aku takde Plan B ke.. Plan C ke...
Zero!!

Pasni bergantung harap kepada duit bahan bakar ler gamaknya..
Hat tu pun ikut musim..
Kalau kena bulan yang lansung takde drama baru..
Hazab jugak..

Takpe laaa...
Redho jelah..
Bukannya aku takde lakikan :)
.
.
.

Thursday, June 21, 2012

Jillian - Shred It With Weights


Kali ni ada tambahan instrumen..
Kettlebell...
Tu yang cam Jillian pegang..
Kat bawah ada gambar jelas..
Tapi kalau takde.. boleh guna dumbbells yang biasa tu..



Kettlebell ni jauh lebih berat dari dumbbell..
Paling tidak pun... 12 pound..
Yang Jillian guna tu 20 pound..

Please hati2 bila guna DVD ni..
Sebab banyak sangat swing.. swing..
Sat gi ada yang terswing kepala anak..

Dalam ni ada 2 level..
Tak payah buat 2-2 sekali gus..
Setiap level boleh buat secara berasingan..
 
Pastu ada Kettlebell Instruction..
Make sure korang tengok dulu video yang tu..
Cara yang betul nak hayun2.. angkat2 kettlebell tu..
Kang salah angkat.. ada yg terkempuk kepala sendiri..

Dah tu kalau takde..
Jangan nak mereka-reka pulak..
Pi hayun CEREK AIR kat dapur tu :))

Dumbbell pun boleh pakai..
Cuma dapatkan yang berat sket dari 1-2 kilo tu..
 

Tu perempuan yang belah kanan tu pakai dumbbell biasa...
 
Tahap kesukaran DVD ni = medium
Takde la susah cam Extreme Shed & Shred dan Killer Buns & Thighs..
Untuk beginner.. ok laa..

Hehehe..
Cam laa aku dah buat sangat :))

So, kalau nak.. sila :)
.
.
.

Turun sikit je..


22/06/2012 - Jumaat

Semalam kepenatan betul..
Hampir je nak makan nasi..

Nasib baik tak makan..
Kalau tak pagi ni mesti naik lagi..

OK, hapdet sket je ni..
Sebab agak sibuk dengan keje-keje pembakaran..
Semua orang tengah Jillian Michael SPIRIT!!!

Utk yang tertanya-tanya..
Apa tajuk2 yang akak ada..

JILLIAN MICHAEL

1- 30 Day Shred
2- Banish Fat Metabolism
3- 6 Weeks 6 Packs
4- No More Trouble Zone
5- Extreme Shed & Shred
6- Killer Buns and Thighs
7- Ripped in 30 Days
8- Shred With Weight
9- Workout for Beginner - Frontside and Backside

Hampir lengkap dah..
Kecuali Yoga & Body Revolution :)

Berat pagi ini = 120.7 kg
Berat semalam = 121.2 kg
Jumlah penurunan = 0.5 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 6.8 kg
.
.
.

Wednesday, June 20, 2012

update ringkas

guna tablet.... so xde gambar...
mlm td, bebudak berdua ni main timbang..
tetiba hidup pulak..
ntah2 timbang tu nk rosak..
huwaaaa!!
dah ler gaji aku skang ni takat lepas hutang piutang jer..

21/06/2012  - khamis

121.2 kg..

bencik laaaaaaa....
rasanya mgu ni aku lebih strict banding mgu lepas...
mgu lepas byk gak tercuit sana sini..

takpe... sabar!!

nak gemuk pun makan masa berpuluh-puluh tahun..
takkan nak kurus makan masa 2 minggu...

mungkin aku kena stop timbang tetiap pagi...
buat stress kepala..
mulai mgu depan... smgu sekali sudah...
.
.
.

Tuesday, June 19, 2012

Jillian - Killer Buns & Thighs


Seperti yang dijanjikan semalam..
Ni ada satu lagi nak direview..
Esok satu lagi..
Dan minggu depan satu lagi..

Aku dah tengok (cam biasa laaa...)

Of course memokuskan pada peha & bontot...
Maka sila expect akan ada banyak lompatan..
Banyak menendang2..
Banyak mengangkat badan ke angin..
Banyak menghayun-hayun...

Yang ni ada 3 level..
Tak pasti pulak kena buat 3-3 sekali gus..
Atau boleh pilih mana suka..

Rasanya boleh pilih sbb setiap satu level..
Agak lama.. lebih kurang 40 - 45 minit..


Move dalam ni.. agak hardcore gak laa bagi aku...
Intense sweat-fest!!!
Tapi untuk yang betul2 nak kecikkan peha..
Dah tu nak bagi bontot up sket..
DVD ni mmg sesuai untuk kamu :)

Level 1
Hat ni lebih kurang 40 minit..
Mesti ada dumbbells dan mat..
Yang ni movement dia agak mudah..
Untuk yang dah biasa workout..

Level 2
Yang kena ada dumbbells dan sturdy chair..
Sturdy chair ni lebih kurang cam kerusi kat opis..
Bukan yang beroda tu tau.. 

Level 3
Kena jugak ada dumbbells dan sturdy chair..
Kat paras ni..
Bersedia laa korang untuk terkangkang..terhayun semahunya..
Ada yang lepas buat level 3 ni..
Menggigil kaki!!



Seperti biasa..
Gambar penaik semangat..
Lebih kurang 6 bulan dia wat..

Sapa yang mahu chenggini..
Apa lagi.. sila guna emel di atas utk tempahan bahan bakar ;)
.
.
.

Kali Pertama...


Hasya dah 1 tahun 5 bulan 14 hari..
Dalam banyak-banyak benda..
MAMI dia tak boleh sebut..

Frust woooo !!!

Setiap hari aku dok suh dia sebut..
Tapi nanti dia sebut benda lain..
Vocab dia dah banyak tambahan..

Kasut - ATOK
Jatuh - TOH
Tini (doll dia) - ITI
Kalep - ALEEE
Cantik - NTEK
Baju - AJU
Nenek - ENET
Wan - WAH
Aki - IKI

Namun, pagi tadi masa anta Hasya..
Mak Long citer..|
Semalam lepas dia bangun tido..
Dia lepak je dalam buai..
Pastu Mak Long dengan dia cam sebut Mami Mami Mami...

Dia dengar je Mak Long citer..
Sekali dia sebut..

MAMEH!!!

Huwaaaaa!!!!!

Kali pertama aku dengar dia panggil mami... :))

Syabas Khayla Hasya !
.
.
.

Tiada timbangan...

 20/06/2012 - Rabu

Tiada gambar timbangan hari ni..
Sebab timbang habis battery..
Dah banyak hari dok idup padam idup padam..
Hari ni lansung padam..

Jumaat ler baru dapat pi beli bateri baru..
Lama gak tu baru nak dapat timbang balik..
Paling2 Sabtu.. huhuhuhu...

Kalau Sabtu berat turun takpe jugak..
Kalau berat naik.. ada yang makan nasi nih :))


Diet semalam....
Boleh jadi jugak berat naik...
Semlm dinner agak lewat..
Dekat2 kul 9.00 malam baru ada masa nak makan..

MIJ nak pi kursus.. mengkelibut laa kemas baju.. gosok uniform..
Pastu nak kena masak.. kemas rumah..
Menguruskan bebudak tu lagi..
Dah ler semlm balik pejabat lambat :(

Dah tu.. sebab terlalu penat..
Makan je.. minum air...
Terus hanyutttttttttt... TIDO!!!


Ni dinner malam tadi..
1/2 cawan sayur + 2 ekor kembung bakar + ayam goreng kunyit 2 ketul kecik...

Air semlm.. tak smpi 6L..
Larat smpi 5L je..
Silap aku gak.. bawak pi pejabat 3L..
Igt tengahari nak ambik lagi satu botol..
Tapi tak jadi balik rumah pasal ada keje penting nak wat..
So, dari kul 1.00 tgh hari.. smpi 6.00 ptg...
Tak minum air...


Ni pulak breakfast + lunch hari ni...
3 biji telur scramble dengan sekeping cheese + 2 ketul ayam goreng + 3 ekor ikan kembung bakar..
Cukup dah ni smpi ke petang :)

Malam.. lum pikir lagi apa nak masak..
Sebab MIJ takde.. mungkin telur dadar je kot..
Senang  :)
.
.
.

Monday, June 18, 2012

Jillian - Extreme Shed & Shred


Yang ni... kalau ko beginner..
Baru start exercise 2-3 hari lepas..
Tak payah laa guna hat ni..
Tak sesuai...

Tapi.. untuk yang rasa 30 Days Shred tu sangat bosan..
Kira cam dah expert bebenor..
Meh tukar ke Extreme Shed & Shred ni :)

Hat ni jenis Fat-Blasting.. boleh bantu turunkan kg..
and get SHREDDED fast!
Style aerobic nyer combine everything from kickboxing and Brazilian Jiu-Jitsu to yoga and weight training.
it includes all kinds of different moves. There are body weight moves, moves using hand weights, yoga, martial arts inspired moves, cardio, isometric holds, high intensity intervals, and some kickboxing

Dumbbells wajib ada jugak ye..

Ada 2 level sahaja..
Level 1 lebih kurang 43 minit..
Level 2 52 minit..
Boleh pilih nak buat 1 je ke..
Atau dua-dua sekali..
Setiap level ada warming up & cooling down..


Kalau nak wat 2-2 level sekali..
Boleh skip cooling down level 1 dan skip warming up level 2..
So, kurang laa masakan..
Seperti yang dinasihatkan sebelum2 ini..
Sebelum buat apa2 aerobic utk kali pertama..
Sila tengok dulu keseluruhan aerobic tersebut (tanpa buat)

Diperingatkan sekali lagi..
Ini adalah jenis TOUGH workout..
 
Aku ada gak baca review2 yg dah buat workout ni..
Ada yang tak boleh bangun lepas habis 2 level..
Ada yang rasa otot terkoyak la...
Tapi biasa laa kan.. mula2 :)



Minah ni buat mula 14 Febuari 2012 sampai 26 Mac 2012..
Tgk bape beza bentuk badan dia..
Kurus tang peha yang wat i teruja sangat..
Aku rasa..
Sesapa yang boleh follow dalam 30 hari..
Bulan depannya korang leh sign up utk K-POP dancer competition..
Setakat k-pop-k-pop tu.. celah gigi Kak Jillian je :))

Last but not least..



.
.
.


Jillian - Ripped In 30


Ini adalah review ye.. ayat coverina ;)
Paham-paham laa korang ek..
Ada dua lagi akak nak review..

Ripped in 30 ni ada 4 resistance training workouts..
Sebelum nak mula..
Korang kena dapatkan DUMBBELLS.. wajib!!!
Setakat yg aku tengok (tengok je.. bukan buat)..
Dumbbells depa guna ada pelbagai berat..
Tapi tak semestinya korang pun kena beli smpi 3-4..
Sebab aku tgk depa guna yg sama je..
Maybe ikut kesesuaian diri...

Dalam ni ada 4 workout.. pendek2 je..
Lebih kurang 35 minit setiap satu..
Sangat sesuai untuk yang tak banyak masa nak workout..

Namun, perlu diingatkan..
4 workout ni bukan buat sekali gus..
Ikut minggu..

Minggu Pertama - Workout 1
Minggu Kedua - Workout 2
Minggu Ketiga - Workout 3
Minggu Keempat - Workout 4

Jangan laa korang memandai-mandai pulak tukar setiap hari..
Dah Jillian habaq gitu..
Ikut jelah :)



Minah ni guna Ripped in 30...
Dan juga 6 weeks 6 packs..

Huwaaa... kenapa laa aku tak kental cam dia..

KATA KAK JILLIAN

"By the time you reach the fourth week,  you pretty much rule. However,  adds the caveat that no matter how hard you exercise, no matter how much you sweat, you can always (over)eat enough to negate the benefit.

Oleh kerana itu...
Dia ada sediakan MEAL PLAN untuk 30 hari..
Akak ada..
Namun, ia adalah pakej dengan DVD ini hokay ;)
Permintaan untul meal plan sahaja tidak dilayan..
Oh, tetiba akak kejam!!


Secara keseluruhannya..
Agak OK..
Tapi susah sket sbb banyak turun naik..
Maksudnya letak badan atas lantai..
Pastu angkat ini.. angkat itu..
Hat ni yang i tak suka sangat..

Agak sukar utk yang berat 100kg ke atas..
Tapi apa salahnya mencuba ;)

Level of Difficulty
Intermediate to advanced.

Next-Day Soreness
Moderate.


p/s - ada 2 lagi DVD yg ada... petang sket akak review ;)
.
.
.

Silap laa semalam... winged bean betoi!!!!


19/06/2012 - Selasa

Adeh.. tak lepas lagi 120-an..
Turun 800 gram sahaja...

Mungkin ada silap sket semalam...

1- Aku skip lunch sbb sibuk sangat dengan kerja.. tak sempat keluar
2- Aku termakan kacang botol (winged bean) yang mana carbs sungguh tinggi rupanya..

Nutrition Facts
Serving Size 1 oz
 
Amount Per Serving
Calories from Fat 2
Calories 42
 
% Daily Values*
Total Fat 0.26g 0%
  Saturated Fat 0.063g 0%
  Polyunsaturated Fat 0.049g  
  Monounsaturated Fat 0.066g  
Cholesterol 0mg 0%
Sodium 10mg 0%
Potassium 166mg  
Total Carbohydrate 7.97g 3%

Memula tu aku cari gak kat fatsecret..
Tapi salah masuk nama...

Pastu kena lak semalam penat yang amat..
Aku pun.. ala.. MAKAN JELAH!!!

Malam, baru aku cari betul2 kacang kelisa tu apa



 
Lebih kurang menu semalam..  
Breakfast - Telur dadar + kobis + ikan kembung bakar
Lunch - SKIP
Dinner - Ikan tongkol 4 potong + kacang botol 1/2 cawan   .





Maka, hari ini...
Takkan SKIP makan lagi..
Dan takkan makan benda carbs tinggi..
Takkan makan processed food..
Akan minum air 6L..
Akan berdoa banyak2 pada Allah..
Semoga aku dirahmati dan diberi semangat yang kuat :)

Yang atas tu gambar sarapan pagi ni
Ikan tongkol 2 potong + 3 biji scramble egg buh bawang sket + cilik sket

Berat pagi ini = 121.0 kg
Berat semalam = 121.8 kg
Jumlah penurunan = 0.8 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 6.5 kg
.
.
.

Sunday, June 17, 2012

Dalja's Spring


Salah satu drama favorite aku...
Setiap tahun mesti ada ulang tengok..

Lama dah drama ni..

Genre romantic comedy..
Kisah cinta andartu dengan pakwe jauh lebih muda dari dia..


Dalam drama ni tak payah pening-pening..
Selalukan ada 2nd hero yang tak kurang lazat cam hero..
Tapi, dalam drama ni..
Tumpukan je sepenuh perhatian pada hero, Lee Min Ki :)


Drama ni berkisar pada kehidupan Oh Dal Ja..
Seorang anak dara yang dah berumur 33 tahun..
Bekerjaya di sebuah syarikat pengiklanan TV..
Kira lebih kurang dia berjaya laa dalam bidang kerja..

Namun, susah sangat nak bertemu jodoh..

Mula-mula dia taruh harapan pada officemate dia..
Tapi, mamat tu suka orang lain la pulak..
Selepas 3 kali keluar.. mamat tu terus terang yang depa tak sesuai..

Dalja pun bengkek laa..
Ntah camne.. masa nak balas dendam tu..
Dia teringat hero, Kang Tae Bong (KTB)..

KTB ni kerja dia.. takde keje..
So, dia ambil upah untuk buat apa saja..

Maka, Dalja pun upahlah KTB ni menyamar jadi boyfriend dia..
Nak tayang laa kat mamat yang reject dia tadi..

 kenapa gambar ni ada love bite :)

Nin dia hero.. Lee Min Ki atau dalam drama ni Kang Tae Bong..
Dia ni cucu jutawan sebenarnya..
Dan dia jugak sebenarnya adalah seorang peguam..

Tapi, sebab ada satu kes tu... dia mishandled..
membuatkan dia kecewa dalam dunia guaman..

Dia ni suka dan cinta sama Dalja..
Perlakuan dia romantik..
Caring..

Tapi dia susah sangat nak cakap Saranghe..

Sampai Dalja salah anggap yang dia saja nak main-main je..

Lepas tu.. kat hujung2..
Ex-awek dia muncul..
Dia kembali jadi peguam keje ngn ayah ex-awek tu..



Depa ni duduk serumah..
Sebab KTB takde rumah..

Nanti ada satu part..
Depa ni clash jugak..
Bukan sebab halangan keluarga..
Hat tu awal2 je.. sbb mak Dalja ngn mak KTB ni musuh..
Berebutkan ayah KTB masa muda-muda dulu :)

So, adakah depa bersatu kembali?
Apakah Dalja akan terus mementingkan karier berbanding cinta?
Berjayakah KTB meneruskan cita-citanya?
Apa cita-cita dia sebenarnya?
Bolehkah mak Dalja dan mak KTB berbaik-baik?
.
.
.

Kek besday Sara


Wpun tak setanding kek Beatty's Bakery..
Tapi jadi laaaa.. pada takde..
Memula aku nak belikan je kek..
Senang, dapur aku pun tak berkecah..
Dan aku pun takde laa kantoi..

Tapi, dah anak sedara aku siap call 2-3 kali suh buat..
Aku datang pun dia cakap lagi..
Nak kek besday mami buat..
Request smpi 2 kek..
1 marble pelangi.. 1 kek batik..
Ni mesti hasutan ibu ko kan :)

Hiasan mmg failed..
Aku mmg tak reti seni2 hiasan ni..
Tgk rumah aku pun dah tau kan..

Dah ler cari M&M kalep tak jumpa..
Last2 jumpa Skittle..
Puas laa mengunyah skittle baru leh telan masuk perut..

Mula2 ada hati nak wat icing tau..
Dah tu pikir panjang2..
Mesti jahanam kek tu..
Baik aku curah coklat je..
Dah tentu selamat :)

Pastu berangan pulak..
Nak eja nama SARA guna skittle tu..
Sekali bubuh bahagian tepi kek pun dah hancus..
Baik aku buh nombor 7 jer..
Sempena besday dia yang ke-7..
.
.
.


Not Good :)


18/06/2012 - Isnin

Nampaknya target tidak dapat dicapai..
Malahan naik pulak 100 gram..

Namun, semua terjadi salah aku jugak :))

Semalamkan buat kek..
Pastu pi rasa laa dalam sepotong dua..
Memang sangat sedap :)

Pastu wat choc ganache..
Sket2 tercuit.. saaappp terus masuk mulut!!

Pastu semlm makan cam naga..

Kan Birthday anak buah aku..
Depa datang celebrate kat rumah aku..
Siap bawak KFC 1 barrel..

Mak aku pulak.. siap tapau lauk dari umah dia utk dinner kang..

Huhuhuhuhu!!!

Sarapan - 2 biji telur separuh masak + ayam goreng seketul
 
Lunch - 3 ketul ayam KFC (memula poyo buang tepung.. lama2 NGAP!) + sikit coleslaw + kentang putar + ikan kembung bakar + air asam secoet + kek sepotong

 Dinner - 1 ketul ayam masak merah + 4 ekor udang sambal + 3 ketul ayam rebus (termasak awal sebelum mak kasi lauk.. kena laa makan jugak)

Agaknya... kalau dicantum2 balik ayam2 tu..
Lepas jadi sekor ayam kot..
Punya banyak makan ayam..

Wpun minum air hampir smpi 6 liter..
Tak cukup untuk menurunkan berat utk pagi ini..

Takpe.. kita mula balik hari ini..

Azam aku.. mesti takde kantoi..
Sampai birthday MIJ 4 July 2012 nanti..
Masa tu aku dah berangan nak makan kek SR sepotong..
Tapi.. dengan syarat masa tu berat aku mesti dah 110kg ke bawah..
Kalau tidak.. birthday dia tu aku nak tido awal :))


Hari ini punya breakfast..
3 telur dadar buh kobis sket dalam tu pastu masa tgk masak buh cheese sekeping
Ikan bakar semlm sekor..

Lunch cadangnya.. salad + tuna

Dinner.. scramble egg + ayam goreng (tak tau lagi bape ketul..)

Harap2 hari ni takde laa sapa2 bagi lauk sedap2 pulak..

Tengah bersemangat ni..
Jangan dikacau :))
.
.
.

Saturday, June 16, 2012

Pagi ahad...


Dulu-dulu.. sebelum tido..
Kepala tu sibuk fikir..
Apa nak makan? kat mana nak beli sarapan?
Excited tul nak makan!!

La ni dok fikir.. turun berapa kilo laa agaknya? :))

Aku mmg takkan timbang selain pagi..
Aku pernah timbang petang..
Mmg rasa nak pitam tengok angkanya..
Yelah dah minum air bergelen-gelen..
Pastu pi timbang pulak..

17/06/2012 - Ahad

Semalam makan agak banyak..
Tapi minum air agak sikit :(
Tu yang malas kalau cuti-cuti tu..
Kena lak semlm aku pi umah Hajah Norlia..
Tengok dia tengak prepare makanan utk catering..
Ada ayam goreng sebeban!!!

Sarapan - ikan tongkol goreng + salad + tuna
Lunch - Ayam goreng 6 ketul kecik + ikan kembung bakar 2 ekor
Dinner - Ayam goreng besar2 3 ketul + telur puyuh 8 biji + tauhu goreng 2 + mayonis 1 sudu

Uwaaaa!!! banyak giler makan dinner..
Ni yang malas pi umah mak aku time lapor :))

Dah tu bila cuti..
Ada satu lagi isu..
Air kosong!!

Susah tul nak kasi perabih 6 liter..
Wpun dah susun 4 botol kat ruang tamu..
Still semlm tak mencapai target..

Ni dah pukul 9.15 pagi..
Setitik pun belum masuk lagi..
MIJ ajak kuar.. susah la pulak kang klu asyik nak kencing2..

Berat pagi ini = 121.7 kg
Berat semalam = 122.6 kg
Jumlah penurunan = 0.9 kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 5.8 kg
.
.
.

Friday, June 15, 2012

Hari ni pun suker...


16/06/2012 - Sabtu

Di luar tabii ni..
Selalu Sabtu i tak hapdet blog..

Tapi sebab angka hari ni sungguh menggembirakan..
Maka harus dikongsi..

Sebab apa tau..

Sepanjang diet dari Jan - Mei..
Tak pernah dapat lagi bawah 123 kg..
Nampak sangat diet ntah hape2...

Semlm makan agak heavy gak..
Sebab rehat Jumaat lama..
Pastu balik ambik Hasya lak dah lewat..
So, dinner pun lewat..

Lebih kurang semalam punya menu

Sarapan - ikan tenggiri goreng 2 potong + sup sawi
Lunch - salad + tuna + ikan tenggiri goreng 1 potong + 3 biji tomato cherry
Dinner - telur scramble 3 biji + ayam goreng 2 ketul + 1 tbsn tuna in water + 1 tbsp kobis goreng

Air = 6 liter

Berat pagi ini = 122.6 kg
Berat semalam = 124.0kg
Jumlah penurunan = 1.4kg
Jumlah penurunan keseluruhan = 4.9kg
.
.
.

Thursday, June 14, 2012

I is suka u ols...


15/06/2012 - Jumaat

Nampak sangat lepas mandi tak lap kaki...
Tangan i tak sampai laaa...
Berat turun..
Perut merening ni baru takat lembik je..
Belum susut lagi..

Yes!!!

Pagi ini 124.00 kg..

Semalam 125.4kg, maknanya turun 1.4kg !!
Banyak tuh!!

Ikutkan semlm aku makan banyak giler..

Pagi telur dadar 3 biji + kobis
Tengahari 3 ketul ayam goreng rempah
Petang Salad + Tuna + Mayonis
Malam Sup ayam 5 ketul
Pastu sebelum tido.. rasa perit sket perut..
Pi ngecak sup sawi MIJ dalam 2 sudu + telur sket..

Mak aaaiiiii.. banyak gile aku makan semlm..

Namun begitu...

Semalam adalah minum air masak sebanyak 7 liter!!!!

Kencing adalah sebanyak 27 kali sehari!!!
Penat tapi berbaloi!!!!

Hari ni..

Sarapan baki sup sawi semalam + ikan tenggiri goreng sepotong
Lunch - kemungkinan besar salad + tuna + scramble egg
Dinner - kemungkinan besar ayam goreng

Target air masak = 7 liter jugak

Semoga menjelang Isnin depan..
Aku sudah meninggalkan 120+ kg :)
.
.
.

Wednesday, June 13, 2012

FATSECRET


Oleh kerana Atkins ni melibatkan pengiraan karbohidrat..
Maka aku gunakan http://www.fatsecret.com

Pastu dekat ruangan SEARCH tu..
Masuk laa apa2 makanan yg korang nak tau komposisi nyer..
Kalau tak tau benda tu dlm english apa..
Pi guna google translate tu..

Semalam aku cari peria..
Rupanya peria tu = bitter melon..
Hasilnya tidak buleh dimakan :)


Ni contoh..
Aku cari tomato..
Sebab aku sangkakan tomato ni buleh utk atkiners..

Senarai tu..
Adalah pilihan2 jenis tomato..
Ada cherry tomato.. canned tomato.. tomato sauce..

Pilih yang mana anda nak tahu..


Part ni aku paling suka..
Sebab komposisi makanan dia buh gaya Nutrition Facts..
Senang nak baca.. senang nak paham..

Rupanya sebiji tomato saiz medium..
Carbs di dalamnya = 4.82g..

Nehi nehi dah pasni..
So, semlm ala2 failed la juga sbb aku makan sebiji tomato..

Dan.. satu lagi salah besar aku buat..

Iaitu makan kuah tomyam ayam semlm sampai habis..
Ingatkan kuah makanan beli kat kedai je tak boleh..
Rupanya kuah masakan sendiri pun tak boleh

NAMUN..

Oleh kerana pengambilan carbs Atkin = 20g sehari..

Masih ada ampun ler kot.. harap2 tak terlebih

Anyway, sambung terus diary diet kat sini..

14/06/2012 - Khamis

Berat terkini = 125.4 kg

Turun 300g sahaja dari semlm :)

Pengambilan air semlm = 6L

Menu hari ini

Sarapan - Telur dadar 3 biji
Lunch - 6 ketul kecik ayam reneh (tanpa kuah) + ikan goreng sekor
Dinner - Telur scramble 2 biji + salad + mayonis 1 sudu kecil


.
.
.