Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, June 24, 2012

Cabaran mak dekat....

Aku ingat cabaran bila duk umah hari cuti paling hebat..
Igtkan cabaran suap anak makan pun sukar..
MIJ minum air gas letak ais pun mencabar..
PIL aku dok bagi durian & serawa hari2 cukup utk wat aku pitam kempunan..

Rupanya...

Cabaran maha hebat..
Adalah dari mak aku sendiri..

2 minggu dah Atkins..

Semua hancus dihujung minggu dikerjakan mak aku..

Minggu pertama..
Tetiba dia membuat keputusan menyambut besday kat umah aku..
Dengan KFC 1 barrel..
3 ketui terus aku tibai..
Dah tu siap kek sepotong...

Minggu kedua..
Lagi mencabar..

Mak aku dok call...
Bagitau dia masak laksa..
Lagi ada rendang ngn kari ayam pekat + serunding daging..

Uwaaa!!

Aku tak tahan..

Lagi lak dia dok pujuk..
Ala.. sehari je tak diet...
Takkan laaa naik 10 kilo kan...

oh tidak !!!

Pastu hari ni..

Dia masak pulak ikan siakap bakar + air asam tomato
Lagi ada ikan keli bakar + kuah santan cili kering bawang..
Mak aiiiiii!!!

Nasib baik aku mampu bertahan dengan makan lauk je tak makan nasi..

Tup2 tengah kitaorg marathon tengok filem2 astro first..
Adik aku goreng keropok lak 3 pinggan besor..
Siap ada air oren gas sejuk...

Adoyai!!!!!

Hancus!!!

Kecewa aku dengan diri sendiri tau...
.
.
.

2 comments:

mummY daniSha said...

nak naek memang senang kan..nak turun alahai..1kg pun payah...semoga kita berjaya tutunkan berat...caiyook!

noradzlina.kamdani said...

kuatkan semangat.