Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, May 22, 2011

Program Diet

Banyak gak yang nak join..
Buat aku berkobar-kobar :)

OK.. perbincangan selanjutnya..
Program-program yang dicadangkan..
Kita bincang sama-sama supaya takde yg rasa terseksa ke hape..

Lagi satu.. biarlah Program yg kita buat ni..
Boleh diguna pakai sampai bila-bila..
Kiranya, lepas habis program pun.. kita masih diet jugak..

Antaranya:

1- BUKAN 99 Hari Tanpa Nasi (SETUJU!! seksa banget)

2- 3 DAYS DETOX
3 hari hanya makan buah & sayur, makanan tanpa gula dan garam, air kosong dan agen-agen Detox. (yang ni Semangat KENA KENTAL)

3- Hadkan kalori
Cth, Kak Zel hanya boleh makan 1600 cal sehari. So, kena rancang menu seharian untuk tidak lebih daripada 1600 cal sehari.. (banyak nak kira-kira)

4- Menu (yg ni rumit sket, aku kena wat point-point)
  • Peserta secara rotation akan menyediakan menu seminggu (mungkin untuk 5-6 hari dan ada satu hari untuk acara bebas makan)
  • Menu seminggu mesti diet yang seimbang.. ada karbohidrat, protien, vitamin, etc
  • Portion makanan akan ditetapkan oleh peserta yang menyediakan menu.

    Cth, nasi 1 senduk, ikan tenggiri masak asam rebus 1 potong, sayur sawi 1 senduk, air masak 2 gelas, tembikai 2 potong.

  • Bahan-bahan mesti yang senang didapati dan murah. Jangan laa pilih ikan salmon masak tempoyak sbb kat Tg Malim tak wujud ikan Salmon!!
  • Peserta lain hanya perlu follow menu tersebut. (Masalahnya kalau lunch di pejabat)
  • Hari Bebas Makan adalah sehari sebelum Hari Timbang.. So, ada beran ke nak makan banyak2 :))

5- Atkin's Diet (yang ni aku kurang berkenan sbb meninggalkan Karbohidrat akan memberi kesan kepada pengeluaran susu dan tumbesaran baby)

So, amacam?!!

Mana mau pilih?!!

Kalau ada cadangan yang bernas, sila keutarakan.. sama2 kita bincangkan.
.
.
.

6 comments:

Lynn Abd Latib said...

menariknya.......ada tempat kosong lagi x ?

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

Lynn - belum diputuskan lagi diet camne yang nak dibuat..

ada apa2 cadangan?

Saya Nak Slim said...

Nak jOin jugekkk...~~~
bila start??


hehehhehee... ni link blog saya...

http://hourglassbody.blogspot.com

wafimamakidz said...

salam awak kite pun nak joint juga...kite pun bf mom juge. Masalah kite ialah apakah diet yang sesuai utk bf mom? Saya memanga teringin nak memakai saiz m atau s. sebab asyik siaz xl jer, boring lah....

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

BF mom bukan penyebab kita tak payah diet..

Sbb yang paling utama dalam BF adalah pemakanan seimbang, banyakkan direct feeding dan selalu kosongkan breast.

BF mom mempunyai banyak kelebihan sbb menyusukan anak ni, berat susah naik ;)

arbaieyah said...

aku pilih no 3