Aku tanya kat sini..
Supaya jawapannya kita leh kongsi ramai-ramai..
Skang aku dah mula pam susu..
Tapi bukan untuk wat stock..
Belum cukup banyak lagi utk stock up..
Sbb Hasya suka mengempeng sepanjang malam..
So, malam dia kena membotol dalam 1-2 kali..
Untuk bagi dia kenyang dan kurang meragam..
Soalan 1
Boleh ke susu pam masa bagi campur-campur?
Cth: susu pam semalam campur dengan hari ni = 2 oz..
Panaskan pastu bagi baby minum..
Soalan 2
Susu yg disimpan dlm peti ais biasa (bukan beku).. kalau dikeluarkan boleh tahan berapa lama?
Cth: Aku kuarkan susu sejuk jam 12.00 tgh malam.. kul 3.00 pagi baru panaskan dan bagi baby minum.. kalau ada baki.. dalam kul 4.30 pagi bagi lagi susu yang sama.. cara simpanan.. just biarkan dalam mug air panas..
Soalan 3
Kalau susu beku.. time nak minum baru cairkan atau cairkan dulu.. kemudian panaskan baru minum?
Soalan 4
Contoh kalau dapat pam & simpan dalam 10 oz..
Boleh ke pada satu masa.. kita ambil 2 oz, dah 8 oz masuk balik peti ais..
Kalau susu beku boleh tak wat camtu jugak?
Soalan 5
Minum susu badan kena sendawakan baby?
Ok.. hari ni banyak ni dulu soalannya..
Pada kawan-kawan yang sudi jawab..
Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih :)
.
.
.
11 comments:
Zel, aku jawab ehh :)
Soalan 1:
Pam yang dah di pam hari ini dan esok tak boleh dicampurkan. Mesti sama tarikh baru boleh campur.
Soalan 2:
Susu yang disimpan dalam peti ais biasa, bersuhu biasa boleh disimpan selama 2-3hari. hari ke-3, engkau kena bekukan.
Cthnya: kalaou ko nak pakai jam 3am, jgn keluarkan jam 12am, sebab susu tu msh cairkan, maka dlm 2.30am blh keluarkan dan terus rendam dalam air suam. Bila dah suam bg hasya minum.
Ada caranya bila ko dah rendam nk taou susu itu dah betul2 suam atau tidak, ko pegang bontot botol tu...kalaou dah rasa suam, baru bg hasya minum. Sebab bdn botol dgn bontotnya tak sama suhu, biasanya bontotnya masih sejuk, bdn botol dah suam. Kena kedua-duanya sama.
Kalaou ada baki blh pakai dlm 1/2jam sahaja.
Ada baiknya ko bg hasya sikit-sikit, jgn panaskan byk2 sebab rugi ebm ko.
Kalaou masih belum panaskan, chances utk simpan dlm fridge suhu biasa msh selamat utk next kegunaan hasya.
INI TEMPERATURE EBM APABILA KITA DAH PAM,MACAM KAT BAWAH NIE:
1). Susu yg baru dipam = boleh tahan dkt suhu bilik selama 4 jam. LEpas 4jam kena masukkan dlm fridge suhu biasa.
2). Freezer biasa = tahan 3-4bulan
3). Deep Freezer = tahan 6-1thn (ini depends brp kerap ko bukak tutup DP nie, kalaou tak selalu bukak, blh tahan 1tahun)
3).Susu yang beku, ko kena cairkan dulu. Cthnya hasya nak minum utk mlm pukul 10pm, by 6pm ko dah start keluarkan masuk ke fridge suhu biasa. Atau utk kegunaan esok, mlm nie ko dah siap keluarkan masuk ke tempat fridge suhu biasa.
Jgn rendam terus ke air suam.
4). Bila ko dapat 10oz dlm satu hari, utk langkah-langkah senang dan selamat aku suggest ko sukat siap-siap brp oz hasya minum. Cthnya hasya minum 2oz, maka ko sukat setiap 2oz kat botolnya. Jadi senang ko nak rendam dlm air suam. Kalaou nak buat stok beku pon senang juga.tak payah keluar masuk fridge EBM ko yg 10 oz tu, sebab dah sukat siap-siap jdk 2oz setiap ebm. Make sure TAG setiap susu yg ko bekukan NAME/DATE/TIME sennag nak pakai. Dan makesure juga susu yg lama, kena dihabiskan dulu cthnya tarikh 15/1/2011, makesure ko bg hasya minum, barulah diikuti tarikh selepas itu begitu juga bulan setiap bulan..
5). BAby bf perlu di sendawakan jugak, penting nie...sama mcm baby minum FM jugak.
Pjg aku taip nie zel....agak-agak paham tak? tak paham buzz aku:):)
GOOD LUCK ZEL :):)
Keep pumping pagi ptg mlm:):)
Pam mesti sama time setiap hari....
http://www.susuibu.com
Try tgk situ. Atau leh tgk http://nmirah.blogspot.com/ (officer kat tmpt keje ku). Dia ni cam aktif sket pasal bf ni. Aku lom ade anak. Tp opis aku ada at least 4 org pumping mom. Freezer kat opis ade je botol susu. Hehehe.
wah...aku tumpang baca..mana la tau sok aku teringin nak beranak kecik dh sng...
Faham mieja..
TQVM..
Maknanya aku salah bagi ler kat Hasya..
Hari ni susu sikit je... 2 oz..
Hasya mengemping dari pagi membawa ke tgh hari membawa ke ptang..
Ni baru dia tdo nyenyak..
aku nyer teacher dah jawab zel ... ;)
Zel, try mase nyusu, yg sebelah lg tu pam. Nnt susu lumayan..hehe
wah..good info..
Sapa pulak yg nak pam lagi sebelah..
Kalau susukan Hasya..
Aku kena guna 2-2 belah tangan..
Kalau tak nnt dia lemas di lautan nenen XXXXL :))
sukenye info neh.....leh take note jgk...thanks kak mieja...
sgt berguna info nie... leh buat bekalan tuk ain 7 bulan lagik.. hehehe
zell...aku nak jawab but mieja tuh dah jawab kira ok la...cuma hang kena kerap perah...n set every 2 hours ka..n masa pump tuh 1/2 jam....bagi konsisten...minum air/susu byk..insyallah leh byk susu..kurma pun ok..lagik satu..time hang perah tuh lps hang settle semua...contoh...perah lepas mandi....insyalah leh keluar byk..
Post a Comment