Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Friday, May 1, 2009

Hari ni nasi ayam pulak...


Ni kali ke-3 aku masak nasi ayam seumur hidup

Dan.. yang paling sedap sekali
Hehehe.. AKU PUJI AKU lagi..

Sebab apa aku kata sedap?
Sebab Inche Izman tambah nasi..
Dia nikan yg aku masak, selalu makan mmg tak tambah
Kat umah mak dia je.. dia makan bertambah
Tiba2 hari ni tambah nasi hokay
Makna nyer sedap ler tuh..

Selalu aku buat tu mungkin terlalu beriya-iya sangat
Bahan2 sebeban
Kali ni wat simple-mimple je
AYAM
Gaul ngn bawang putih & halia tumbuk dan rebus smpi empuk
Dah empuk ayam tu perap ngn sos tiram + kicap pekat + sos lada hitam
pastu goreng sampai garing

SUP
Air rebusan ayam + hirisan bawang merah + lada sulah + garam + daun sup

NASI
tumis bawang putih, bawang merah, halia dengan 2 sudu magerin
masuk beras yg dah dibasuh
tuang air rebusan ayam dan masak spt biasa

SOS
yg ni senang giler.. tumis bawang putih
+ sos thai + sos cili + sos masam manis

ULAM
Salad + Tomato + Timun
Lepas potong terus simpan dalam peti ais supaya segar smpi petang

siap....


NI APEHAL LAK NI
Peberet dia.. lepas kena dusyum ngn mami,
mesti kena muhasabah diri ngadap dinding
aku tak suruh tau
dia sndr yg nak buat
smpi hilang sedih di hati
baru dtg balik kat mami

"MAMI NAK POH'LO'OK"
penuh sengau.. konon2 manja laa tu
.
.
.
JANGAN WAT-WAT TAK NAMPAK EK





1 comment:

Red Scarlet Amber said...

hehe .. ayam tu kalu boleh besar tapak tangan ya? too little..