Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Saturday, June 4, 2011

PROGRAM DIET


SYARAT-SYARAT PROGRAM

1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011. Lebih kurang 50 hari.

2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang. Duit yuran ini akan diberi kepada pemenang utama iaitu seorang pemenang sahaja. Perlu bayar sebelum 10/6/2011 untuk mengesahkan tempat. Tiada pengembalian atas apa sebab sekalipun.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg.

4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.

5- Wajib ada BLOG. Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup.

6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11 (xde timbang @ xde camera = sila jangan masuk)

7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Boleh makan produk diet lain.

9- Hari AHAD = free day. Boleh pi makan kenduri, boleh minum air sirap, boleh pepah tulang ayam KFC. Tapi AWAS!! Isnin adalah hari timbang. Bayangkan susah payah diet 6 hari dan dimusnahkan hanya dalam 1 hari :)

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :)



ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA

1- Berat naik 3 kali
2- Tidak update berat sebanyak 3 kali
3- Anda mengandung @ sakit parah
4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.
5- Anda buat liposuction



DIET PLANNING

1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari
(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)
cth -
sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal
lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal
snack = karipap 2 ketul = 260cal
dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal
TOTAL = 1110 cal

2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)

3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut.

4- Minum air masak 2 liter 1 hari

5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sikit je diet planning kali ni..
Ni kira pandai-pandai sndr la bab-bab lain..
Boleh google.. surf apa yang patut..
Kita sumer bukannya baru pun dlm arena diet-diet ni..
Sumer dah kira otai..


TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT

Hadiah = Belum pasti bape RM.. tgk pada bilangan peserta.

ANDA BERMINAT?!!!

Sila emel penganjur di diet_lwc@yahoo.com

Masukkan butiran-butiran berikut

1- Nama Penuh
2- Umur
3- No. telefon
4- Berat sekarang
5- Berat idaman

Nanti emel anda akan dibalas dengan no. account :))

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011
.
.
.

40 comments:

noradzlina.kamdani said...

weh...nmpk mcm nk join...tp tu le..aku nih kn 'rajin' bab mengira kalori hu hu hu

mama_iris said...

akak....tak habaq kata kene 60kg ke ats......hwaaaa.......50 kg laaaa...plsss....

aullea said...

mcm menarik..tapi kenape hadiah utk no.1 je.. buatla 1,2,3 ke.. baru semangat sikit..

I want to lose weight said...

Lin - bukan nak kira betui2.. nnt aku buh senarai kalori makanan2 yg selalu dimakan oleh rakyat mesia.. pastu pandai2 laa agak2..

wei, ko bila nak turun Tg Malim lagi ni.. mindu nak gebang2

Nurul - keputusan adalah muktamad :)

I want to lose weight said...

aullea - mmg tempat pertama je yg akan dapat hadiah utama iaitu wang tunai..

yang lain2 akan dipertimbangkan dengan hadiah2 sumbangan :)

wafimamakidz said...

(xde timbang @ xde camera = sila jangan masuk)kenyataan ini membuatkan daku memendam rasa walaupun dalam hati memang nak joint...sebab berat badan sekarang 71kg, berat badan target sebelum raya 55kg....tapi apa-apa pun saya tetap menyokong group ini...

I want to lose weight said...

wafi - dulu masa 99htn ada tau peserta takde timbang.. dia sanggup tu timbang kat shopping complex..

syarat ni bukan apa.. sbb hadiahnya wang tunai.. takut ada org masuk & claim dia menang but takde bukti :)

arbaieyah said...

ZEL...
aku nak masukan ko punya program diet ni dalam doc KIM boleh x? atau pun ko je yg masukkan dalam KIM... ramai yang nak join tuuu

Mrs Nazar said...

hihii..masa 99htn tu aa gak ikut geng2 akak berdiet.. mcm rancak..best jer program.. kak zel kalu jadi organizer memang happening..duk tunggu gak bila nak buat lagi program mcm ni...tapi masa tu tak sempat nak join..

kira i nak join la..nanti saya follow instruction to join in..excited nyer..nampaknya kali ni..ada gak org tangkap gambar mesin penimbang kat billion nih..

si tuan putri kiUt said...

menarik...nk joinn laa

Mimy Hamid said...

tak join la kak zel...sbb tak konfiden..heheh

AlinNilsa said...

rasa macam nak joint..hehehehe

I want to lose weight said...

NAK JOIN SILA EMEL :)

AlinNilsa said...

dah emel kak

puteri279 said...

assalam...sy dah emel...nak join

Zue Zeta said...

Nak join...

Rosh said...

hmm.. menarik nih. check mail. i join ya..

Nor Azlina Najib said...

macam menarik nie...huhuhu...agak2 kalau join this group, boleh capai azam yang dah kat 5 tahun nie tak?hehehhe

Cik Nomi said...
This comment has been removed by the author.
Cik Nomi said...

syarat 60 kg tu takleh turun lagi ke kak?? 55 ke? huhu..

puteri279 said...

sy dah join....nie url sy...
http://puteriadatperpatih.blogspot.com/2011/06/jom-join-contest-nie.html

yatt said...

kalau 48-49 leh join tak.. hehe

I want to lose weight said...

CIK NOMI - syarat dah turun ke 50kg

CIK YAtt - ringan sangat dah tu :)
3 kali awak, baru dapat 1 akak :))

aQueen said...

kak zel: aper kata kasi contoh gambarbersama timbangan tu? kang ader gak yg amik gmbar berat jer..padahal org lain yg duduk atas weight scale tu... bukan aper..bg mengelak kekeliruan.. aQueen nk join!

aQueen said...

salam ..aQueen join ye.. ni link..
http://loseweight-chaiyok.blogspot.com/2011/05/program-diet_31.html

butir2 lain kt email ye..

daydreamer said...

salam..
dah ada bapa orang yerk..
nak join gak leh x

N a d i a said...

Oh yes.

Nama saya telah disenaraikan. Peserta ke 28. Heh heh.

Belle Edwin said...

macam shiok...kalau guna alat penimbang yang sama kat shopping complex boleh tak? :P

I want to lose weight said...

boleh.. janji pagi senin mesti anta gambor timbangan..

LAVENDER said...

sy nk join. tapi, ptg ni nak beli timbang.

~diArY mAkaN aKu~ said...

http://diarymknaku.blogspot.com/2011/06/program-diet.html


done!!!

cik xxx said...

nak join?,, bley

Luv like this.... said...

ASSALAM KAK..SALU SILENT READER JERR

nak join ini program tau...konfem

Ciare Baha said...

alamak arini dah 15 jun. tak sempat dah ek nak join? HUUUU

RiNiE said...

Lagila..terlewat 4 hari...baru jumpa blog ni...uwaaaaa..... kna kurus n sihat jugak sblum raya.... sob sob... leh join g tak???

~Sharifah~ said...

saya pun sama..ari ni baru jupe blog ni..huhuhu..tak der 2nd round ker nanti

Akakros said...

Slm, dah xleh join lg ke ye? sy berminat la..t.kasih - akakros

Akakros said...
This comment has been removed by the author.
I want to lose weight said...

Lagi 2 mgu dah nak habis..
Tapi nnt ada contest lagi di bulan Ramadhan..

Boleh join kami di facebook group

PROGRAM DIET 50 HARI :)

zety said...

ala..baru nak join..xnak buat lagi ke?? pas raye nie mesti lagi naek kan..buatla lagi..hehe