Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, June 30, 2011

SEGMEN TAJAAN - info


Ada yang emel akak tanya camne nak suh wat review blog perniagaan depa..

Caranya sangat mudah..
Anda tidak perlu bayar LWC..

Cuma..
Anda boleh jadi penaja hadiah kepada pemenang PD50H..

Hadiah boleh berbentuk wang.. barang atau baucer..
Apa-apa sahaja diterima..
Tak kisah banyak atau sikit..
Janji ikhlas..

Sebagai timbal balik..
Akak akan buat review blog kamu di sini..
Dan.. setiap peserta PD50H akan promote di blog dan FB mereka..

Jika kamu ada FB..
Mereka boleh like beramai-ramai.. :)

Sesama merasa ler kira..
Jika berminat, boleh hubungi akak melalui FB @ emel..

TQVM
.
.
.

Segmen Tajaan - Mama.and.kids.junction

Klik gambar untuk ke kedai :)

Kali ni kita ke kedai impian setiap ibu-ibu..
Untuk mempunyai gadget2 canggih untuk anak tersayang..
Mesti ramai dah tau kedai Pn Ena Misdi ni..
Singapore mali hokay..


Koleksi stroller yang boleh buat hidung berdarah kalau tgk satu-satu..
Memang stylo habis..
Ada brand new.. ada gak preloved..
Bergantung laa pada budget korang..

Yang pasti.. kalau beli baru pun..
JAUH sangat lebih murah dari beli kat Mesia..
Even dah tambah postage cost..

Jangan risau..
Wpun owner kedai ini berada jauh di seberang tambak johor nun..
Dia seminggu.. 3-4 kali turun JB..
So, kos pengeposan sudah berjaya dijimatkan di situ :)

Keperluan untuk ibu-ibu menyusukan pun complete ada..
Dari pam.. accessories.. storage.. beg... nursing pillow.. warmer.. steriliser..
Serba-serbi semua ada..

Yang paling menariknya..
Wpun kata 2nd hand..
Condition masih tip top..
Mostly 9/10..

Benda-benda lain pun ada..
Bouncer.. easel.. car seat (ni pun wat hidung aku berdarah)..
Safety gate.. dan pelbagai lagi barangan ibu dan anak-anak..
Korang boleh request barang juga kalau mahu..
Nanti owner kedai akan tolong carikan..

Tapi, kalau dia dah cari..
Jangan menggatal nak back off pulak..
Nak kena silambam.. boleh cuba :)


Untuk gambar-gambar barang yg menggetar perasaan..
Boleh LIKE FB di atas..
Pastu terjah laa ruangan photo..

Jangan tak terjah hokay :)

Wednesday, June 29, 2011

Hamboih... semua sedang bergumbira nampak nyer..


Sampai takde ruang dah aku nak tekan tepi belah kiri tu..
Punya laju sumer group hari ni :)

Elok yang bekerja..
Elok yang takde kerja..
Elok yang dah benti kerja..
Elok yang cuti tanpa gaji..

Sama naik je sumer ek ;)
.
.
.

Goreng pisang sambal kicap..

Aku baca novel semalam..
Dalam tu ada tulis kat Johor..
Makan goreng pisang cicah sambal kicap..

Tetiba.. HATI MAHU ITU!!!

Tapi takmo beli goreng pisang kat Tg Malim..
Balik rumah wat sambal kicap sendiri dan cicah..
Hati mahu pergi Johor dan makan kat sana..

Wah... sejak merajuk...
Hati sudah pandai mengada-ngada...

Ni kalau Hajah Norlia baca..
Dia tuduh aku mengandung ler tu..
Asal mintak je nak makan apa-apa..
Mengandung ler tu.. :)
.
.
.

Tuesday, June 28, 2011

Sudah ok sket..


Sebab orang tu isi minyak kete penuh-penuh..
Lagi bagi duit sket suh hora-hora..

Hokay!!

Admit it..

Memang "MATA DUITAN"

Hahahaha... peace!!!
.
.
.

Bahana SAKIT HATI!!

Tengok gambar pun dah taukan camne punya sakit..
Tu belum kena perah dengan asam limau lagi..
Pastu perangat atas bara api..

Wpun ni citer semlm..
Tapi belum basi..
Rasa nak basi je..
Terus masuk semula dalam oven..
Kasi panas balik!!!

SAKIT HATI!!
Membuatkan semlm aku tak basuh kain..
Natijahnya.. balik keje kang aku kena basuh kain lebih banyak dari biasa..

SAKIT HATI!!
Membuatkan semlm aku tak donlod drama Korea..
Natijahnya.. hari ni tak bley buat dubbing subtitle..

SAKIT HATI!!
3 drama TV3 semlm aku tak tengok..
Natijahnya.. dah tak ketahuan apa jadi..

SAKIT HATI!!
Peberet food aku, orang tu beli kat Aman Gado-Gado..
Aku tak usik pun wpun 4-5 kali dah pegang plastik..
Natijahnya.. padan ke muka basi gitu je..

SAKIT HATI!!
3 kali perah susu.. sumer tak smpi 3oz..
Natijahnya.. hari ni kang kelam kabut laa nak pi direct feeding Hasya..

SAKIT HATI!!
Aku je yang over-over sakit hati merajuk bagai..
Orang tu.. ntah tau ke tidak aku tengah bengkek...

Abih tu apa yang orang merajuk dan sakit hati ni dapat?!!
Si penyakit hati masih relax & cool seperti biasa..
Abih tu apa aku dapat?!!

Jawapannya...

DAPAT HATI YANG SAKIT!!
.
.

Kurang kasih sayang Part II


Ada ke part I?
Rasa dulu cam ada..

Mamat ni skang asal balik sekolah je..
Takmo dah g umah aki..
Mesti nak ikut aku dtg pejabat..
Padahal dia membosan je kat sini..

Tapi kat opis ni laa..
Dia leh manja2 mengada2 ngn mami dia..
Kalau kat umah, mami dah pegang adik..
Tak merasa dah laa..

Merasa kena marah ade..
Pasal dia ni jaki benor kalau tgk adik main sorang2..
Mesti datang kacau smpi budak tu menangis..
Dah laaa adik tu cengeng kemain lagi..

Penat tau berlatih nasyid..
Sabtu ni pertandingannya..
Tgk laa camne jadi nanti..

Papa takmo pi tengok..
Sukahati awak laaaaa...
Kot kan anak tu tiap2 bulan masuk pertandingan..
Setahun sekali pun takmo bagi sokongan..
.
.
.

Monday, June 27, 2011

Segmen Tajaan - Kedai Tudung D'Zahra Lovelygift

Create your own banner at mybannermaker.com!
klik banner untuk ke kedai :)


Koleksi tudung d'Zahra..
Tudung-tudung ni dijamin berkualiti tinggi..
Basuh mesin tak berbulu..
Yang best.. tak panas bila pakai..
Pastu terbentuk cantik je atas kepala..
Tak kisah laa muka gebam ke.. muka tirus ke.. :)


Corak-corak sangat menarik hati..
Sesuai untuk ke pejabat, majlis-majlis rasmi..
Dan kemana-mana jua..

Kain tudung ni jenis lembut.. ringan.. dan sangat selesa
Ada kain lycra.. kain cotton pun ada.


Kalau anda nak jadi CUN jugak..
Boleh laa bertandang ke kedai tudung lovelygift ni..
Mana tau ada giveaway cam tahun lepas..
Boleh laa merasa tudung ni free :)


Kalau rerasa cam pernah tgk koleksi tudung d'Zahra ni kat mana-mana..
Sebenarnya korang tengok kat Nurkasih d movie..
Heroin citer tu.. pakai tudung d'Zahra ni laa..
Cun kan!!

Atau boleh LIKE depa kat facebook..
Search lovelygift77 :)



Si tembam jatuh katil...

Dalam kul 5.45 pagi.. aku dengar Hasya nangis..
Cecepat selak baju..
Sekali tgk.. Eh, TAKDE..

Mengkelibut aku bangun..
Sebab dengar suara dia kat lantai..
Memang pun..
Bantal yang aku sendal.. dia dah tolak kasi jatuh..
Pastu, nasib baik dia jatuh atas bantal tu jugak..

Malam ni nak kena sendal bantal banyak-banyak..
Sebelum weekend ni nak pi cari bed rail..
Nasib baik dia tak nangis teruk pun..
Nangis terperanjat je kot..
.
.
.

Result Timbangan ke-3 - keseluruhan



Sapa yang tak hantar lagi..
Bersegeralah ye..

Sapa yang awal2 dah anta.. TQVM
.
.
.

Aku lak nak ber "JM"

Akan mula pada 1 Julai 2011..
Dan tamat sehari sebelum tamat PD50H..

Kat situ ada tulis lose up to 20 pounds..
Aku target 5 kg sahaja..
Sebab aku takkan smpi punya level 3 tu kan..
Abih2 tinggi.. level 1..

So, padan laaa harap turun 5 kilo sajork :)
.
.
.

Sunday, June 26, 2011

Lagi kerepek..


Senang kata...

HIDUP INI PENUH DUGAAN!!!
.
.
.

Result Minggu 3

Adalah turun sikit... 119.4 - 118.5 = 900 gram

Tak bley jadi ni..
Orang sumer turun byk...

Minggu ni nak kurangkan minum soya..
Dah mula minum air halba pulak..
Tapi sbb tak suka rasanya..
Aku pepandai lak pi tambah milo :))

Air halba ni dipercayai boleh menambahkan production susu..
Pastu ada member tinggal komen..
Katanya boleh menurunkan berat badan juga..
Ni yang akak suker sangat ni..

Takpe.. balik kang..
Cuba balik minum tanpa tambah milo @ horlick @ nesvita..

.
.

Hari ni banyak makan..

Peserta-peserta lain sibuk nak 3DD..
Aku lak makan sesedap rasa hari ni..

LAPAR!!

Seriyes wei..
Nak-nak kalau waktu malam..
Hasya mmg mengempeng je sepanjang masa..
Bila bangun tu confirm perut berbunyi minta di isi..

Hari ni (free from diet)...
Dimulai dengan nasi lemak stesen keretapi..
Khaleef makan roti canai, habih separuh je.. separuh lagi pepaham ler..
Tengahari tak makan sbb breakfast lambat..
Petang, gi Billion beli barang dapur..
Pastu Inche Izman cakap makan kat luar jelah..
Tak payah masak..

I like hokay..

Makan nasi putih 1 pinggan + tomyam + telur bungkus..
Air milo suam utk milk booster..
.
.
.

Saturday, June 25, 2011

Khaleef masuk pertandingan nasyid :)





Tajuk lagu nasyid tak tau..
Tapi la ni hari2 kena practise..
Sian mamat ni tau..
Dia lambat sket nak dpt nyanyi loud and clear..
Sebab masih ada sisa-sisa pelat puking dia tu..

Tapi ni kira dah banyak ler ok nyer..
Masa dia mula2 nyanyi lagi ni..
Sebutir haram mami tak paham..

Nenek dah dengar dia nyanyi semalam..
Nenek kata..

"ABIH SUMER DI MATI" :))

Padahal dia nak sebut dihormati..

Kalep.. Kalep...
.
.
.

Friday, June 24, 2011

Tahniah SEPAH!!

Masa Sepah masuk Raja Lawak..
Aku tak kisah pun..
Rasa cam tahun depa menang tu..
Takde saingan.. tu pasal depa menang..

Tapi sejak Maharaja Lawak..
Memang aku dah jadi peminat Sepah..
BAEK PUNYERRR :)

Lagipun, masa Maharaja Lawak..
Sepah paling konsisten sepanjang pertandingan..
Lawak Jambu.. aku tak pernah nak paham...
Jozan ngn Nabil ada up ada down..

So, Sepah mmg terbaik.. Ooo Emmm Geeee ;)
.
.
.

Trio Dato' T


Ini laa yang dikatakan..
TIADA BEBAN BATU DIGALAS..
Tak pasal-pasal..

Tapi apa sangat laaa duit denda tu..
Celah gigi je bley bayar..
Berbanding dengan kemuliaan depa menayangkan skandal pemimpin X tersebut..
Ini dikira berbakti kepada rakyat tau..

Namun,

Akak tak pedulik hokay..
Selagi sekatan terhadap file hosting tidak ditarik balik..
Hatta pemimpin X tu jadi calon kat sini..
Akak pangkah hokay..
.
.
.

Thursday, June 23, 2011

Makcik Rehan dah....

Bukan dh pakai pantyliner cam Scha tu :))

Tapi.. dia dah turun dari 99kg ke 95.8kg..

Uwaaaa!!!

Aku baru turun 120.4kg ke 118.7kg..

Nak jugak turun banyak2!!!!

Masalahnya..

1- aku tak bersenam (tak dapat cari masa)

2- aku masih makan nasi 1 kali 1 hari

3- terpaksa minum air soya kotak utk milk booster

4- minum air kosong kurang

So, apa nak dimeroyankan kalau berat lambat turun?!!
.
.
.

MIDAS

Mula-mula macam tak minat nak tengok Midas ni..
Tapi bila ramai yg bagitau best..
Terus teruja nak muat turun..
I pantang dengar citer2 yg berprospek tinggi ni ;)

Hero - Kim Do Hyun (KDH), membesar dalam kemiskinan setelah ayah dia lari..
Oleh itu, dia membulatkan tekad untuk jadi org yg berjaya..
Graduan undang-undang kelas pertama menjadikan dia peguam yg terkenal..

Dia dipilih mewakili sebuah syarikat berkaitan saham2..
Masa ni ikutkan dia dah ada tunang..
Tapi sebab ketamakkan, dia jadi lupa diri..

Kenal tak ni?
Sapa yg layan BOF lebih dari 4 kali..
Mesti kenal ni.. 2nd heroin boys over flower..
Dalam Midas, jadi heroin iaitu gefren kepada JH..

Bila Jung Yun ni terasa diabaikan..
Dia mintak putus dengan KDH..
Kemudian menjalinkan hubungan dengan 2nd hero yang sangat HOT!!!

Tapi sebenarnya yang terjalin bukan cinta..
Dia sekadar nak balas dendam pada hero..

Ni bukan 2nd heroin yang nak rampas hero..
Tapi dalam ni dia laa pegang watak hitam..
Company yang hero keje adalah milik perempuan ni..

Dia ni dalam misi untuk merampas syarikat ayah dia..
Dari tangan adik-beradik dia yang lain..
Dengan bantuan hero.. misi dia hampir berjaya..

Perempuan ni yang bertanggungjawab putusnya hubungan KDH dgn JY..

Okay.. ni dia 2nd hero yang sangat2 sedap menjilat jari :)
Yoon Myung Jun

2nd hero ni playboy..
Dia jumpa heroin kat hospital tempat heroin keje..
Lepas berhubungan dengan heroin..
Perangai playboy dia tu berubah..
Dia betul-betul sayangkan heroin yg tgh kuciwa ditinggalkan tunang..

NAMUN..

2nd hero ini sakit kanser..
Huwaa.. sedih hokay..

Apakah kesudahan Midas ini?
Bertaubat ke hero?
Adakah depa bertunang balik?
Mati ke 2nd hero?
Pompuan jahat tu apa balasan dia dapat?
.
.
.

Wednesday, June 22, 2011

Cubaan men"kornar" mami...

Tengok laa muka cemberut dia tu..
Badan dah penat mandi laut semlm..
Dah tu smpi umah mami suh tido..
Dia bantai layan ps2 smpi kul 12.00 tgh malam..

Pagi tadi kejut suh bangun mandi..
Dan-dan tu KAKI SAKIT tak boleh berjalan..
Siap merangkak pergi bilik air..

Mami jawab "Kalau camtu Kalep dok jelah rumah sorang2.. Sakit kaki mesti tak boleh masuk kete nak pergi rumah aki.."

Pas mandi minum susu sebotol..
Abih sebotol terus BATUK buat-buat..
terus cakap NAK MUNTAH ni..

Mami jawab "Takpe.. kang kalau muntah kat sekolah, mami suruh cikgu telefon.. Mami datang ambik..."

Kornar tang lain pulak..
Masa nak pakai spender spiderman..
PERUT KALEP SAKIT... tapi tak boleh berak..

Mami jawab "Meh mami sapu minyak pedas (minyak hangat).. "

Akhirnya.. dah takde penyakit lagi :))

Bukan tak kesian tgk dia kepenatan..
Tapi, skang ni kat sekolah tengah berlatih nasyid..
Ada pertandingan nasyid antara tadika masjid 2 Julai nanti..
Kang lama sangat cuti sekolah.. lupa pulak..
.
.
.

Mandi laut Teluk Kemang

Lepas nenek dah check in apa sumer..
Bawak Khaleef g Teluk Kemang pulak..
Mula2 igt tak bagi mandi..
Takut air kotor..

Pernah 1 kali pergi..
Air laut cam air bendang..
Berselut lumpur..

Sekali sampai.. tengok air jernih bersih :)
Orang pun tak ramai..
Khaleef pun dibenarkan mandi..

Budak jakun ni mula2 takut..
Nak mandi tapi nak pegang kaki mami..
(yelah.. mmg betis aku sebesar peha!!)

Takut ombak besar..

Dalam lagi 15 minit nak balik..
Baru dia dapat feel nak mandi..
Baru laa nak bergolek-golek dalam air tu..

Kalau tak menyangkung laa..
Lompat-lompat air laa..
Basahnya tak jugak..

Pastu mula laa susah nak ajak balik..
Sekali tu tetiba ada 3 orang polis meround tepi laut tu..
Seperti biasa.. Mami menggunakan akal fikiran..

"KALEP.. POLIS DAH DATANG NAK TUTUP AIR"

"Okay..." dengan penuh sedih kuar dari laut :)


Si kecik ni tak mandi..
Takut lak aku mana tau kulit dia sensitif ke hape..


Lama-lama dia pun naik bosan..
Bagi ngopet kejap..
Terus lelap..

Perjalanan balik, aku tak bawak kete dah..
Kasi kak ipar aku lak drive sampai Tg Malim..
Hasya pun tido je sepanjang jalan..
Dari Nilai sampai Tol Tg Malim baru dia bangun..

Penat sangat ler tu :)
.
.
.

Pegi PD anta nenek...

Besar mulut punya sengih..
Dalam kereta.. camni la jugak besar mulut dia menangis..
Tak jauh pun lagi..
Tg Malim pun tak tinggal lagi.. dah melalak 1 round..

Pastu dr Kalumpang smpi ke PD..
Aku je yg drive tak tukar2..
Lagi laa di hangin..
Maklum laa.. aura kopet dah ada..
Tapi tak boleh nak mengopet..

Ni budak paling hepi..
Sejak tau nak pi POLISEN...
Hari2 tanya.. dah Rabu ke mami?

Ni kat Permaisuri Resort PD..
Wpun nama hotel ni ada tulis Port Dickson..
Tapi sebenarnya ia terletak di Teluk Kemang...
Area2 PNB Ilham tu..

Tujuan sebenar ke PD..
Adalah untuk anta Hajah Norlia pi kursus..
Geram sey mak aku..
Makin nak pencen.. makin banyak lak kursus kena attend..
Awal bulan 7, nak kena ke Kelantan pulak..
.
.
.

Tahniah Peserta No.10 dan Peserta No.51

Peserta no.10 telah turun sebanyak 3.5kg..
Berat asal ialah 57kg..
Menjadikan LWP dia adalah 6.14%
Banyak tu :)

Peserta no. 51 pula..
Telah berjaya menurunkan 4kg pada mgu pertama..
Sangat mengagumkan..

Jejak-jejak diet mereka..

No.10 = http://nurulazmichenta.blogspot.com/

No.51 = http://shrink2getmeback.blogspot.com/

Untuk yang lain-lain..
Secara keseluruhannya... TIADA YANG NAIK BERAT..
Ada 1-2 orang sahaja..

Nampaknya diet kita membuahkan hasil..
Pelbagai jenis diet yang dijalankan..
Ada guna Atkins.. Ada kira kalori..
Ada guna Dukan..

Yang terbaru.. nantikan 3 Days Diet from MakcikRehan..
.
.
.

Tuesday, June 21, 2011

Ramai yang tanya..

Apakah food intake Kak Zel sepanjang PD50H?
Sebab takde gambar-gambar di blog..

Akak minta maaf la ye..
Skang ni dunia cepat sangat berputar..
Dah la skang ni kul 8.30 - 9.00 malam dah hanyut tido..

Secara kebiasaannya..

Sarapan - Low Fat milk + cornflakes @ oat / Nesvita + biskut hup seng

Lunch - Nasi + lauk pauk
Segan nak snap2 gambar..
Sbb aku lunch kat umah mentua..
Dah laa tak menolong hape..
Menolong makan je...

Snack - biskut Jacob @ buah tembikai @ epal @
kekdg terbabas bihun sup laa.. kuey teow hailam la..

Dinner - nesvita + biskut hupseng @ horlick @ buah-buah
Kadang2 ada gak menu sedap yg dibeli di kedai..

Secara kesimpulannya..
Kak Zel korang ni TAK MASAK!!!
Tidak berkesempatan masak..
Malas masak..
Tak koser nak masak...

Oh, ada satu lagi tambahan..
Hari-hari skang belasah soya dalam kotak tu dalam 1/2 kotak besar..
Ni wajib terpaksa..
Kalau tak bekalan susu Hasya akan short..
Dan ini mendatangkan stress..

Tgu gaji je nih..
Desup nak pergi Tesco beli mesin buat air soya..
TAPI..
Mampu ke nak bersoya bikin sendiri?
Kang bertambah lagi laa mesin tukun kat umah ni..
.
.
.

Hotel Permaisuri Port Dickson :)

Hari ni Kak Zel sekeluarga termasuk Hasya tapi menyingkirkan Inche Izman..
Menambahkan Mak Lom as babysitter..
Akan ke Port Dickson :)

Wah!!! cuti-cuti M'sia di kala gaji bulan Mei pun belum dapat...

Khaleef sakan punya excited..
Nak mandi laut..
Tapi tengok laa esok cuaca camne..
Juga keadaan air laut camne..
Kalau kotor aku tak bagi ler dia mandi laut..
Mandi kolam kat hotel sudah :)
.
.
.

Monday, June 20, 2011

Hasya dah berCD

Wpun belum sepenuhnya..
Kat umah BS dia masih pakai dispo..
Tapi abih je stock Pet Pet tersebut..
Maka akan diteruskan dengan CD..

Rasa best pulak pakai CD ni..
Lagipun Hasya kencing tak banyak...
Tak pernah pun pakai 2 insert..
1 insert je boleh pakai smpi 4-5 jam..

Malam pun ganti 2 kali je..
Tapi pagi2 siap laa..
Memang dihidangkan dengan kuih cek mek molek..
Confirm... tak pernah miss lagi..

Hasya belum pandai menjulur lagi..
Dok meniarap pastu pusing2 setempat..
Menjulur mengundur pandai..
Kadang2 seram jugak..
Ada malam-malam yg dia dah sedar..
Tapi dia tak buat bising..
Tau2 dah ada kat hujung katil..
Mami dah sendal dengan bantal..
Pandai pulak dia tolak bagi bantal tu jatuh..
.
.