Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, February 23, 2010

APA ITU DETOX






Pada yang masih blur-blur.. Ini ler penjelasan aku..
Sapa yang nak tambah.. leh masuk bhgn komen..
Sama-sama kita kongsi ilmu..

Detox ni sepaham aku ialah untuk menyingkirkan toksik yg terkumpul dalam badan..

Penting ke ?

Yelah penting.. sbb toksik2 yg terkumpul ni..
Kalau dibiarkan metabolisme badan menjadi kurang..
Tubuh susah nak serap nutrien makanan..
Menjadikan isyarat untuk dapatkan LEBIH MAKANAN dihantar ke otak..

Tubuh akan menjadi lemah..
Menyimpan air..
Dan menyumbang kepada penambahan berat badan

Untuk detox.. kena tinggalkan makanan yang mengandungi agen toksik
Spt gula, garam, perisa, makanan berminyak, makanan berat (nasi, mee etc)


Jika boleh, JANGAN MAKAN MAKANAN BERMASAK..
Kira makanan mentah seperti sayur dan buah + air kosong..

Oleh itu.. detox menjadikan organ2 dalaman bersih semula..

Ada orang detox guna cleanser yang siap jual kat farmasi..
Ada yang 3 hari.. 7 hari.. 30 hari..

Kalau takmo pakai ubat.. leh pakai air + perahan lemon..
Tapi berat mungkin laa tak banyak sangat turun cam pakai ubat..
Pastu kalau kena perut tak tahan.. mmg ke toilet jelah..


Mariah Carey & Beyonce mengamalkan Lemon Detox Diet..
Mmg minum perahan lemon je semata-mata..
Tapi nnt ada ler kesan2 pada badan..

Kesan sampingan Detox..
Ni maybe pada permulaan sahaja..
Tu sebab aku ngn beberapa orang lagi wat pre-detox terlebih dahulu

1- Lapar melampau
2- Penat dan letih
3- Moody
4- Respon lambat
5- Pening-pening..

TAPI.. NAK KURUS TAK ?!!!
.
.
.

7 comments:

hushuss said...

zel, aku ingat kena sedia menu bagai nak masuk DETOX DIET ko nih...rupa-rupanya makan buah dgn sayur je ek.

Ok..aku on...balik nanti nak g cari digital body scale. aku tade, yg ada scale jarum zaman tok nadok je kat umah.

Anonymous said...

yaahh tgh mengalami kesan yg sama..pening2..lapar melampau..lembab..

kak..time detox bley ke mkn oat?oat kosong tauw..tarak garam kaa..susu kaa

Ms AiReEn MoHd said...

e nak kuwus kakak...lemon detox aku da buat setenggah hari jerk...perut aku mendidih...lemon sampai ke hari ade dalm peti ais.....aku beli selmabak....siap ngan cayanne tu tuk complete detox macam beyonce konon...be boncit ade la...aku ni mmg tak disiplin langsung la

I want to lose weight said...

Oat?

Boleh.. As long as tak campur daging, ayam, udang apa bagai..

Sebab DETOX DIET - A detox diet consists of natural, organic and unprocessed food.

roslaini saad said...

Adik...kalau nak diet biar secara positif..jangan tinggalkan senaman..buat secara teratur...kmd kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak...
apa-apa pun kena senaman...baru mudah keluar toksin dalam badan melalui peluh..

dunk ishak said...

salam,

selama buat detox diet ni, cuma minum air lemon tu jer? how bout makanan or minuman yang lain?

berapa lama kena buat?

camne nk atasi lapar yg melampau tu nanti?

pre-detox yg akak buat tu camne? boleh share?

thank u ^^

I want to lose weight said...

ni saya buat dulu.. masa tahun 2010..
bukan minum jus lemon sahaja.. juga makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

selepas buat selama 6 minggu, serik dah takmo buat lagi selama-lamanya :)

lepas abih detox 6 minggu, terus pregnant ;)