Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, February 1, 2010

Takde Melayu ke ?

Tiba-tiba aku terasa nak komen pasal Ila tanya..
Masa kete aku KONG kat feri tu..
Takde melayu tolong ke?

Oleh kerana itu adalah malam Thaipussam..
Orang melayu adalah sangat terhad..
Boleh kata 98% mmg puak-puak depa je...

NAMUN...

Pada masa kejadian tersebut..
Melihatkan kesungguhan depa nak tolong kamiorang..
Terasa bagai depa laa sedara dunia akhirat..

PERKARA YANG SANGAT MEMALUKAN...

Oleh kerana malam tu.. jalan jem disebabkan perarakan depa..
Maka, mulut cabul aku ni tak henti-henti mengutuk..
Cam-cam laaa keluar dari mulut ni..
Padahal ikutkan aku yang salah..
Sebab yang gatai bijik p Penang masa Thaipussam tu apa kes..

Tuhan nak tunjuk..
Kereta wira aku yang baru seminggu pas servis..
Tiba-tiba tak buleh start engine..

DAN...

Insan pertama yang dtg membantu..
Adalah orang yang aku kutuk mula-mula tu..
Sebab dia minum air milo ais kat tepi tingkap aku..
(time ni tgh tunggu feri kul 2.00 pagi mai)

DAN...

Igtkan esoknya.. nak kena tukar battery baru ler..

TAPI..

Battery tersebut berfungsi dengan baik hingga hari ni..
Pi kedai suh cek.. pomen kata tak payah..
Battery okay lagi.. Cas semula pun tak payah...

MELAYU..

Ada laa sorang pakcik melayu ni dtg jenguk..
Pastu kami bgtau le apsal..

Jawapan dia..

MALAM-MALAM NI SEMUA KEDAI TUTUP
HANGPA TUNGGU LAA ESOK PAGI
KEDAI BUKAK

Pakcik...

Hang tak payah habaq pun aku tau kul 2.00 pagi kedai sumer tutup

YANG TOLONG BUKA BATTERY... INDIAN

Dia cakap.. dia mmg tak sanggup nak biar kitaorg tido kat jeti..
Sebab kesian tgkkan Kalep dengan Sara..
Dia sanggup tau mula-mula ketinggalan feri kul 3.00 pagi tu..
Nasib baik.. MELAYU yang jaga feri tu kata..
Takpe, Feri tunggu kami sampai siap...

Oleh itu..
BERBANGGALAH DENGAN GAGASAN SATU MALAYSIA

Tapi aku rasa kalau takde gagasan ni pun..
Depa tetap tolong kami jugak atas rasa kemanusian
.
.
.

3 comments:

Mimi Sharif said...

tiba2 sy rasa insaf dgn celoteh Kak Zel harini...
kalau ada pertandingan apa yg anda paham mengenai 1 Malaysia, confirm kak zel menang...

black_mel said...

setuju...

niena said...

meremang lak bulu roma bila baca....