Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, September 27, 2010

Kesabaran kadang-kadang ada hadnya..

Budak ni semlm.. agak teruk gak kena dengan aku..
Perangai dia skang yang bukan-bukan...
Asal ke kedai je nak mainan...
Pastu bukan reti tunjuk yang murah-murah..
Nak yang rege rm30 ke atas je..

Kalau tak dibelikan..
Lari keluar kedai pastu jalan sorang2 jauh-jauh..
Lagi aku kejar.. lagi jauh dia lari..
Takde laa nak fikir motor laju ke.. kete tak nampak dia ke..

Semlm camtu gak..
Tipu aku kata nak makan nugget KFC..
Padahal dia nak gi kedai sebelah KFC..
Sampai je terus menuju ke kedai tu.. tunjuk train set rege rm39.90..

Yang aku benci tu...
Train set dia.. ada lebih 10 set...
Jangan tak percaya..
Memang dia banyak mainan hingga tahap melampau!!

Bila aku takmo beli..
Dah lari sana-sini.. masuk kedai tu meniarap sambil melalak..
Aku muka dah merah.. MARAH + MALU..

Mesti orang lalu-lalang dok kutuk cakap aku kedekut..
Sampai sanggup tengok anak meniarap melalak punya kuat..
Padahal.. kalau nak diikutkan..
Mainan dia kat umah.. lagi banyak dari yang ada kat kedai tu..

Dekat 1/2 jam gak ler wat drama kat kedai tu..
Last2 dapat gak seret dia masuk kereta..
Sampai dalam kereta.. memang cukup-cukup laa aku bagi!!

Rasa cam dah melampau sangat-sangat..
Bukan aku je cakap camtu..
Cikgu kat sekolah pun mula komplen..
Cakap dia takmo wat keje sekolah..
Takmo duduk diam.. Mengacau kawan..

Jangan kata alasan nak dapat adik..
Aku dulu ada je masa nak dapat adik..
Takde pun perangai jadi teruk smpi camtu..

Sampai rumah.. aku suh dia minta maaf..
Boleh laa dia jawab..

"MAMI YANG PUKUL KALEP.. MAMI LAA SORRY"

Memang keras hati..
Pastu menyambung baran lak kat umah..
Baran je dia tau.. baran aku tak ambik kira lagi..
Kena lagi 2-3 das..

Setakat skang ni aku belum rasa menyesal lagi..
Sebab aku rasa he deserved it..
Pagi ni ada laa perubahan sket..
Tak payah aku nak terjerit2 nak suh bersiap pi sekolah..
Tgk laa kang bape hari boleh tahan..
.
.
.

9 comments:

nurulhudaresad said...

err....kalo kita kt tmpt akak pon gitu gak kot...dulu2 masa bujang heran tol kalo ada budak2 guling2 kt tgh jalan sbb mak pak dia x belikan mainan....tp bile dh ada anak sendiri ni....baru fhm....x sume benda leh kite ikotkan sgt...nnti banyak taik minyak nya...hehehhe...sabar la kak....kalep dah masuk fasa baru....

Kak Mah said...

errk no komen..aku pun kadang cam halilintar jugak..... dah nak ujung2 bulan nieh lagik laaa...asik rasa nak naik hangin jek...

Natrah Norlin said...

sis..sya pon mengalami nasip yang sama..luck sket sebab anak2 saya tak berguling2 lagi setakat nih..anyway sis...rakam satu aksi kalep tuh..nanti dia dah cerdik sket..ble tunjuk..hehehe..saba yer sis..sayangkan anak tangan2kan...tapi jgn sampai lunyai lak :D..

I want to lose weight said...

Dulu dia ni makan pujuk..
Kalau kita cakap baik-baik,
MAMI TAKDE DUIT..
Dia ok je..

Skang ni pulak..
Lansung tak boleh nak kata apa..

QIQA said...

jgn kata hang..aku pun sama kerja sekarang dok marah2 kakak ngan adik..semua kena penampar ajaib aku kalau tak ikut kata..rotan tu hancusss la..tambah2 sekarang mood tak baik...kerja mengamukk aja..tak blh nk kawal perasaann.

I want to lose weight said...

Tu ler kan..
Padahal keje tu tkde laa berat mana sangat..
Tapi letih bawak perut & bawak badan tu..

Maybe seblum2 ni perangai dia mmg camtu..
Tapi sebab mak tengah tak larat..
Tu yg asyik kena je

Ain Nak Kurus said...

kak apa kata try produk nie kak.. dari TOK GURU. untuk pelembut hati. ye laa kita cegah dari awal keras kepala dan hatinya.. anak member ain ada guna alhamdulilah menjadi tapi take times gak..

KHASIAT DAN FAEDAH
Produk yang cukup laris ini dihasilkan menggunakan khidmat tambahan seorang pengetua sekolah pondok di Merbuk Sungai Petani Kedah iaitu Ustaz Hanif Hj Ghazali.
Untuk menghasilkan Pelembut Hati ini Ustaz hanif Hj Ghazali membacakan Yasin sebanyak 11 kali, membuat solat hajat dan membacakan doa - doa pelembut hati dengan adab - adab tertentu.
Produk ini dirumus dan diproses untuk kegunaan semua golongan sebagai ikhtiar untuk membantu dalam rawatan pelbagai hajat dan penawar dari gangguan jasmani dan rohani.
Amalan Kaedah Rawatan Pinggan Putih ini diwarisi daripada ulama silam. Kaedah ini dibuat dengan adab tertentu dengan menuliskan ayat suci Al- Quran dan doa pilihan menggunakan pena dan tinta Za'faran di atas pinggan putih.
Kandungan Asas


* Tulisan Ayat-Ayat Al-Quran
Di Atas Pinggan Putih

* Dakwat Za' faran

* Diperkaya dengan air mawar
asli dari Iran

* Doa Tok Guru

* Tanpa Tambahan Air Zam-Zam

- Membantu merapatkan kasih sayang anak dan ibu bapa
- Juga merapatkan hubungan suami isteri
- Merapatkan hubungan dengan saudara mara
- Merawat anak degil
- Memulihkan panas baran
- Ikhtiar bertemu jodoh
CARA GUNA
Mulakan dengan bacaan Bismillah, Al - Fatihah berselawat dan niat mengikut hajat.
Titiskan 7 -21 titis Pelembut Hati dan larutkan dengan segelas air minuman dan boleh terus digunakan sebagai minuman , masakan atau mandian.
Boleh disapu pada muka dan kepala.

I want to lose weight said...

Ada dengar juga Jus Tok Guru ni..
Skang ni tgh berubat dengan onyang dia sendiri.. mandi air jampi

Rinna said...

Biasa laa budak2 umur gitu.. mmg dia akan memberontak nak kan sesuatu benda tuh..bila tak dpt melalak sampai baring2 atas lantai gituh.. Nak tak nak kena belikan juga laa.. Bila dia dah besar sikit mungkin dia akan dengar laa cakap kita..