Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 4, 2010

Kenapa dengan bebudak PID

Untuk sumer yg ada curiousity yang tinggi...
Tertanya-tanya apa yang telah terjadi pada PID skang ni...
Meh aku citer serba ringkas...

Tiba-tiba.. di kenyamanan dtg keje.. balik keje...
Emel pengurus-pengurus PID telah diterjah dgn soal-selidik dari pihak audit..
Ini membawa petanda bahawa ada beberapa PID yang bertuah ler sangat..
Akan dipilih secara rawak..
Untuk menjalani audit dalaman...


So, apa yang gelabah puyuh sangat tu...
Menggelabah sebab....

1- Perkara yang dikehendaki semasa menjalani audit hanya diberitahu secara briefing pada 2009. Sedangkan benda yang nak diaudit adalah bermula dari penubuhan PID ialah tahun 2003.

2- PID tidak ada fail meja sehinggalah diemel pada semalam. Itu pun bukan official dari pihak atasan.. cuma FORWARD dari PID lain... biasa laaa.. minah forward

3- 19 perkara yang perlu disiapkan dalam masa 1-2 minggu ini ternyata sangat membebankan kerana tidak semua data di simpan dengan baik.

4- Laporan kewangan.. do not even mention it laaa.. mmg HAZAB GILER !!! Majoriti semua PID sama je..

5- Sistem fail.. berterabur ikut sesedap rasa pengurus.

Nak audit barang-barang...
Ni pun agak lawak jugak..
Dah ler kitaorg ni kena deal dgn barang2 zaman purba..
Skang mana nak jumpa dah office kerajaan pakai monitor 8kg tu..
Kitaorg menten.. masih pakai lagi..

Perabot-perabot dalam PID.. terutama kerusi..
Bukan roda tergeliat ke hape..
Ni kira patah 4 terus...
Mula2 patah tang penyandar.. takpe boleh pakai lagi..
Pastu patah tang sit duduk tu.. takpe kamu jgn duduk ganas2...
Pastu patah tengkuk sambung ke roda..
Last patah tang roda..

ITU PUN.. depa kata SIMPAN !!!
Jangan buang selagi belum kuar arahan lupus..

Oleh itu, semua warga PID sedang bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut..
Wpun nmpk cam kami ni nak merungut... mengelinja apa bagai..
Mulut sekor-sekor cam hangsuang..
Tapi keje jalan taw..
Sehabis baik nak menjaga nama baik PID ni..

Maklum laa ada orang komplen..
PID ni tak sebagus Perpustakaan Desa..

TAPI...

Apa itu PID?
Apa itu Perpustakaan Desa?

Perbandingan seperti..

Apa itu komputer?
Apa itu TV?

Korang paham ke aku bebel apa ni..
.
.
.

5 comments:

-niena- said...

saya paham apa kak zel bebel...hehehhe...

ezey said...

sebab mulut hangsuang la..bdk2 pid kool je walaupun keje menimbun...sempat buat mcm2 keje...multitasking seperti keje dalm pid..semua kena buat sendiri...byk sgt cum

noradzlina.kamdani said...

aku mmg xfaham, tp aku hrp ko sabo ek

iswatie "colours of life" said...

x suka audit..korang nak dpt iso ka????

sy anti iso, audit n 5s..hahahahahaha

I want to lose weight said...

ISO kepala ****

Nak dapat surat termination contract ade ler