Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, June 21, 2009

~ Hari Bapa ~ entry panjang.....

Untuk pengetahuan sumer... Aku adalah dah takde ayah...
Ayah aku meninggal 3/6/2007 kerana lung cancer..
Wpun dah 2 tahun..
Takde satu hari pun aku tak pernah tak ingat abah aku..


Sepanjang umur hidup aku..
sekali pun aku tak pernah sambut Hari Bapa..

Aku tak pernah ambik tahu pun bila tarikh nyer..
Jangankan hari bapa.. hari ibu pun tak pernah sambut..

Bukan sebab tak rapat...
Ikutkan aku ni sangat2 rapat ngn mak aku..

Tapi dah bukan tradisi keluarga nak wat sambutan2 gitu..
Bagi kitaorg.. bila2 nak sambut.. sambut jelah..
Apa pun, birthday abah aku mmg sambut setiap tahun...

Tahun yang abah aku meninggal ni..
Adalah tahun yg sama dia pergi wat haji..

Balik dari Mekah tu bulan Jan..
Masuk bulan Mac, dia selalu mengadu sakit dada...
Aku bawak dia g KBMC kat KL..
Doktor time tu cam dah syak sesuatu tak kena pada paru2
Sebab separuh paru2 tenggelam..

Smpi hari nak wat MRI.. tiba2 abah aku cakap dia tak nak..
Masa tu dia boleh tahan sihat lagi... masih boleh drive..
Smpi laa satu hari, tiba2 abah aku ni sesak nafas teruk..
Adik ngn mak aku terus bawak HBKKB..
Spital gomen sbb itu yg paling dekat..

Nak g KBMC cam mustahil laa kan..
Tg Malim - KL makan sejam lebih gak..


Masa tu ayah aku kena tahan wad dalam 17 hari..
Paru-paru berair.. Kena tebuk paru-paru..
Lepas tu bagi balik rumah..
1 mgu pastu spital call suh anta ayah aku balik masuk wad
Tapi kali ni kat Institut Respiratori, KL
Cam IJN laa.. tp utk paru2

Kat sini lama jugak.. hampir sebulan..
Smpi laa satu ketika...
mak aku call, bagitau Dr ada berita buruk..

Nak dia bgtau atau nak Dr bgtau...
Kitaorg adik beradik nak dengar dari mulut mak aku je..
So, dapat laa berita yang ayah aku ada lung cancer stage 3

Dr kata.. kalau takmo kimoterapi.. then xde solution dah..
So, kami decide nak bawak abah balik umah je..
Kat umah baru dalam 4 hari, IPR call balik..
Suh anta abah aku ASAP sbb paru2 dia dah kena TIBI..
Masa nak anta ni... abah aku bisik..
Abah aku time ni dah bisu... sbb peti suara jangkitan kuman..
Dia bisik "ABAH TAK NAK PERGI.. ABAH NAK MATI KAT RUMAH"

Time ni aku dah tak sedap hati..
Tapi anta jugak ke IPR memandangkan ayah aku sangat2 susah nak bernafas..
Nak kena bantuan mesin oksigen..
Hari aku anta tu adalah hari Selasa...

Masa aku nak balik.. tiba2 abah pegang tangan aku..
Dia usap2 tangan aku sambil senyum..
Ni buat aku lagi tak sedap hati..
Balik tu dlm kete.. aku terus cakap ngn adik aku abah nmpk pelik
Adik aku lak citer, ayah aku selalu jengah2 kat pintu gate..
Dia kata ada orang datang.. bila adik aku tgk, takde sapa2 pun

Hari Jumaat tu.. adik2 aku pergi tengok abah kat KL..
Depa ada call ajak pergi..
Tapi tak tau laa apsal hari tu... aku rasa penat sangat2..
Aku cakap tak nak pergi.. Nanti hari Ahad aku pergi ngn Izman..

Sabtu tu pulak.. aku, izman & adik aku balik kampung... Bagan Serai..
Ada sepupu kahwin + nak mintak air penawar kat atuk aku..
Lepas tu hari Ahad tu dah janji ngn pakcik aku nak ambik mesin oksigen yg kawan dia kasi pinjam untuk abah aku pakai kat umah.
Sebelum balik tu ada call mak aku..
Dia kata ayah aku OK.. muka berseri-seri.. makan berselera...
So, kami pun balik laa dengan senang hati..

Ahad pagi tu.. dalam kul 10.00..
Mak aku call.. dia kata..
"Cepat Long, abah dah nazak !!!"

Punya laa terkejut.. Kelam-kabut balik ke Tg Malim..
Nak kena tinggalkan Khaleef kat kak ipar..
Sebab wad Tibi tu baby tak leh masuk..
Masa tu Khaleef dalam 9 bulan..

Smpi KL dalam jam 3.00 ptg..
Masa smpi tu.. mmg abah dah nazak sangat2
Tapi masih sedar.. Boleh kenal aku dan adik2
Cuma dia tak boleh bercakap..
Bernafas pun bunyi keruh sangat2..

Masa azan Asar tengah berkumandang..
Tiba2 abah aku dah tak sedar..
Nafas dah slow sangat2..
Dalam pukul 5.00 camtu, abah aku pun meninggal dunia..

Time tu aku rasa blur..
Pastu badan aku seram sejuk sangat2..
Mak aku bagi phone suh call sumer kawan2 dan sedara-mara..
Aku cuma mampu call seorang je kawan baik abah..
Yang lain2 aku tak call pun..

Dalam masa nazak tu.. abah aku dapat jugak baca Yassin..
Dengan bantuan sepupu aku seorang tahfiz..
Saat2 nyawa nak dicabut tu..
Nenek aku pegang tangan abah aku belah kanan..
Tak putus2 cakap yang dia ampunkan semua dosa ayah aku..
Halalkan susu, makan dan minum..

Gambar terakhir Khaleef ngn atuk dia..
Masa ni seminggu lagi abah aku nak pergi Mekad..
Rambut pun dah cukur masa ni..

Bila abah dah takde ni.. Sebenar nyer banyak sesalan kat hati aku ni..

~ Masa abah sakit.. aku paling kurang lawat dia.. bila aku datang, abah mesti cakap "JGN LAMA-LAMA, SINI BANYAK KUMAN". Dia risau nnt aku balik umah pegang2 Khaleef berjangkit lak macam-macam kuman.

~ Aku tak pernah bermalam di hospital dengan abah.. Adik-adik aku bersama mak aku rotate.. bukan aku tak nak.. abah tak bagi, sbb time tu Khaleef baby lagi..

~ Bila aku dtg hospital bawak Khaleef, abah pegang dan cium Khaleef.. pastu dia suh aku pi masuk duduk dalam kereta smpi orang lain habis melawat.. Masih jugak alasan dia Khaleef.

~ Bila abah aku dah balik rumah.. aku masih jarang-jarang datang.. Keluarga abah aku syak yang abah kena buatan ilmu hitam.. So, kena jauhkan Khaleef sbb takut keteguran..

~ Masa aku dapat x-ray abah yg terakhir.. sebenarnya, paru-paru sebelah kiri adalah lansung tidak kelihatan.. Tapi bila abah tanya.. aku TIPU !! Aku cakap paru-paru dia masih sama macam dulu.

~ Dalam hati & kepala aku ni takde lansung perasaan yang mengatakan tak lama lagi abah meninggal sehinggalah kali terakhir aku anta dia masuk IPR. Hati aku ni asyik kata, tak lama lagi abah sembuh punya.. tu sebab aku cam bena tak bena je ngn abah aku..

~ Aku sebenar nyer.. jarang bercakap ngn abah aku.. kecuali perkara yang penting2.. Bagi aku abah aku salah.. sebab dia dari aku kecik smpi ke besar adalah sangat pilih kasih. Tp, sbb pilih kasih dia tu ler... aku hampir dapat semua benda yang aku nak. Masa buat Diploma.. aku minta motor.. dia belikan.. Masa ijazah.. aku minta kereta.. pun dibelikan jugak.. Berlawanan ngn adik aku.. semua tak dapat, sbb abah aku terlalu protective terhadap adik aku.. So, sbb tu aku rasa abah aku tak berapa sayang kat aku.

Tapi abah aku ni sebenarnya jenis yang cool..
Mak aku cakap, dia tak pandai nak tunjuk sayang kat sbb masa kecik2 aku lebih selesa duduk ngn atuk dan nenek aku berbulan2 tak balik rumah.
Oleh itu adalah sangat jarang jumpa aku..
Abah aku selalu nak marah dengan tabiat aku yg suka merayau2 ke KL balik subuh2..
keluar malam hampir setiap hari..
boros..
tapi dia tak tau nak cakap camne..
sudah nyer, dia marah pada mak aku je...

Lagi mak aku cakap..
Bila jumpa kawan-kawan..
Abah aku lebih selesa cerita pasal aku..
Pasal aku kat U.. pasal pelajaran aku..
Pasal betapa degil nyer aku nak moto.. nak kete..
Degil nyer aku nak keje jadi cashier..
Degil nyer aku nak keje kat KL..
Padahal dia risau giler..

Bila dia dah takde ni.. baru mak aku cerita..

Cukup dulu smpi sini..
Ni pun dah panjang smpi boleh muntah kuning..
Nanti hari bapa tahun depan aku citer lagi pasal Abah aku..
.
.
.




5 comments:

adha said...

sedih aku baca entry ko neh... semoga ko tabah..Al-fatihah untuk ar-roh ayah ko...

The Biggest Loser Team said...

zel, alfatihah utk arwah ayah ko.. ko cool kan.. comelnya hai khaleef masa kecik2..motak.. kalau aku dapat tu kompom kena gomol...

Lazyf... said...

:-( me also lost my dad when i was 15...Al-Fatihah...

weeda said...

memang sedih bila orang yg kita sayang pergikan..anyway khaleef masa botak sangat comel :)

. p i s e y . said...

al fatihah~

perasaan sendiri kehilangan.tak ade orang lagi paham melainkan sama2 merasa.

life goes on^^

-i lost my mom tym 15.da nk masuk5years.