Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, June 4, 2009

PID adalah Pusat Internet Desa

PERINGATAN :

Entry ini adalah mengikut pandangan serta luahan hati aku sebagai Pengurus di pusat ini.
Ia adalah tidak melibatkan pid-pid lain serta penjawat-penjawat lain.
Tiada juga kena mengena dengan kerajaan malaysia mahupun pihak2 lain.

HARAP MAKLUM


Ini lah yang disebut-sebut PID ittew
Saya, MR, Ezey...
Adalah Pengurus (panggilan jawatan baru.. dulu dipanggil Penyelia)
Jawatan dalam kerajaan adalah Pegawai Tadbir Gred N41

Latihan asas komputer, internet & khidmat nasihat ICT
Tulah core business PID
Kira cam telecenter laaaa...

Berkhidmat untuk masyarakat setempat untuk merapatkan Jurang Digital..
Apa itu Jurang Digital ?!!
Sila tanya pakcik Google hokay...

Kalau hanya buat kerja2 yang terdapat di atas..
Saya merasakan gaji yg diterima adalah sangat setimpal dengan keje yang dilakukan..
Namun begitu...
Oleh kerana PID ini sangat berhubungan rapat dengan masyarakat..
Ada banyak kerja yang tidak dalam skop tp terpaksa dilakukan
Demi menjaga maruah Kerajaan Malaysia (penuh patriotik hokay)

SENARAI KERJA YANG TIDAK BERSANGKUTAN
TETAPI ADALAH DILAKUKAN HAMPIR SEPANJANG MASA

1- Menjadi Cik Sri Siantan kepada masalah rumahtangga, masalah keluarga, masalah anak-anak serta masalah jiran tetangga.

2- Menerima panggilan luar waktu keje hanya utk menjawab soalan.. "APA PASSWORD EMEL SAYA ?"

3- Menjadi technician secara PERCUMA... kalau setakat depa bawak mai PC ke PID takpe lagi.. Ini adalah terpaksa pulak pergi rumah depa.

4- Kadang2 ada orang datang nak PINJAM DUIT.

5- Menjadi mangsa kepada agen-agen MLM... konon2 PID boleh kaya kalau join MLM..

6- Bila tiba musim cuti sekolah, PID menjadi pusat lambakan budak2 sekolah yg dihantar oleh mak pak depa yg meluat tgk anak depa kat umah.. so anta kat PID senang.

7- Menjadi agen2 tidak bertauliah kepada agensi2 kerajaan lain yang menawarkan perkhidmatan elektronik, tapi capaian server adalah sangat hampas tahap gaban..
Yang jadi mangsa kena marah.. kami jugak...
Org kampung mana laa nak tau bila citer pasal server2 apa sumer nih.


8- Yang ni peberet.. sbb PID ni terletak sebelah Pejabat Pos, akan selalu ada insan-insan yg masuk PID nak beli setem.. nak bayar bil.. nak renew roadtax.. nak wat lesen...

Bila saya kata SINI TAKDE BUAT.. SEBELAH PEJABAT POS...
balasan yang saya dapat
"DULU TAHUN SAYA SINI JUGA BUAT.. APSAL TAHUN NI TAK BOLEH?!!!"


Aku tak tau laaa bila tahun yg dia cerita tu..
sbb dari mula PID ni beroperasi, hanya aku yang jadi pengurus.


9- Kalau setakat upah taip itu normal !!
Tapi ada beberapa student IPT
yang pemalas tahap tenuk ni..
(terutama cikgu2 yg sambung belajar - PJJ)
akan datang bawak kertas soalan assignment dan cakap
"TOLONG BUAT YE.. NNT SAYA BAYAR"

Helloooo aku tak hadap duit korang tu ye..
Setakat nak perabih sel-sel otak aku pikirkan hal2 assignment kau orang.

Kalau menolak.. adalah menunjukkan muka masam cam nak tampar muka aku pulak.

10- Menjadi kerani tetap kepada XXX XXXXXXX XXXXXX
(Identiti dirahsiakan) hehehe..
tapi yang ni takpe laa kan.. Orang berbudi, Kita berbahasa. ;)


Ok ols..
Jelas dah kan apa itu PID

Apa-apa pun, aku adalah sangat happy keje sini
Takde traffic jam
Umah mak aku dekat..
Adik beradik pun dekat..
Umah mentua pun dekat...

Cuma, perlu sabar melebihi daripada orang lain
Yang penting adalah sentiasa SENYUM !!!
Wpun aku dapat dosa sebab dok maki hamun dalam hati...
Tapi aku adalah dapat pahala sebab lebihkan senyum..
Kan SENYUM ITU SEDEKAH..
Sedekahkan dapat pahala...
.
.
.




7 comments:

ezey said...

lagi tambahan..

1. menjadi jurutulis borang ASB makcik2 dan pakcik2 yang buta hurup..tp boleh dimaafkan atas alasan tersebut...

2. menjadi kaunter pertanyaan bila pej pos buka lambat..dan dengan suka-suka hati boleh marah kita sebab pej pos buka lambat..bila pej pos buka..xde lak dia nak maki hamun staff pos tu...

bak kata zel..senyum tu sedekah...peace to all...

Kaseh said...

aku rindu betul nak baca citer ko la zel...3-4 ari aku tak sempat nak baca n malam ni aku puas..sebab macam biasa ko buat aku tersenyum ngan citer2 ko..senyum2 selalu zel.. hehehe

Unknown said...

ekeke lagi ko cerita hal2 nie kan zel lagi cam aku terinterested pulak nak keje kat PID..keh keh keh....

cita-cita haku masa kecik..nak jadi cikgu...ahakss..

azrin said...

nk tambah skit..lg satu selalu kena tanye (tapi mcm tak puas hati)sbb anak org ni dpt masuk U..anak die tak dpt masuk U.."haaloo...pck ingat sy ni keje kmterian pendidikan ker"...jwpn aku senang je..pck tepon je tanye..sy mana tahu apa2..

atie said...

nak tambah jugak...
1.selalu jadi tempat Pakcik2 & budak2 lps SPM dok tanya ada kerja kosong x..Ko Ingat nie Pejabat Buruhka..
2.Jadi Operator Jawab panggilan telifon untuk orang nak Fax masuk..Bukan Fax untuk Pid pun.. kiranya dah jadi kedai runcit dah nie.

faizlily said...

Zel, saya sangat IMPRESS dengan tanggungjawab yang PID pegang... dan SALUTE kepada PID semua kerana dalam geram-geram masih passionate tentang kerja PID... sebelum ni saya pun tatau pun kewujudan PID... hidup PID!!! tapi kelakar cara u cerita... always entertaining...

Anonymous said...

Kadang2 keje PID ni lawak jenaka pun banyak.. Takpe, itu utk next entry pasal PID