Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 21, 2010

Akak suker hujan..


Wpun pagi tadi gatal pi sidai kain kat pagar rumah..
Yang mana skang ni dah konpem lencun..
Nak jadi best mesti berterbangan seantero laman..

NAMUN...

Akak tetap suke giler hujan lebat di hari ini...

Menjadikan kaunter SSM hanya buka smpi kul 3...
Dengan alasan...

"MODEM NAK KENA TUTUP LA.. KILAT KUAT NI"

Apa pasal?

1) Agaknya tokei kedai paper tu masukkan iklan SSM dalam paper berbahasa Cina sahaja.. Punya laa ramai Cina Bukit datang serang PID.. Yg menjadikan rumit.. kebanyakkan cina-cina ini cakap Melayu pun tak reti.. cakap omputeh apatah lagi.. PENING aku asyik nak kena isi borang SSM..

2) Tu tak ambil kira membising dalam pejabat orang.. Cakap cam nak bergaduh..

3) Bau-bauan yang kurang menyenangkan.. Tau jelah PID ni sempit... kalau 10 org pakai 10 perfume.. tu kalau pakai perfume.. kalau tak pakai... pastu terjadi punya penggabungan pemejaluwapan.. harus akak kat belakang ni terjeluak..

4) Semua orang bernafas kuat agaknya hari ni.. Econ bukan setakat tak berasa.. Dah cam kuar udara panas pulak.. Tapi bila takde orang.. ok je tahap tak berapa nak sejuknya tu.

Oleh itu...

Kerana hujan dan kilat petir...

Skang akak tengah berbahagia dalam PID sorang-sorang..
Sambil tunggu waktu balik dengan aman bahagia :)
.
.
.

2 comments:

cik xxx said...

akak keje kat SSM KL sentral eh? ofis baru tgkt 17 tu eh.
keje kat kaunter ke?
saya slalu berurusan kat situ

I want to lose weight said...

Cik XXX...

Konpem2 akan bukan keje SSM ;)

Kan akak di Tg Malim ni..