Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, July 8, 2010

Handphone tertinggal...

Mak aku dah guna ayat power dia semalam..
Bila aku cakap HP tertinggal kat PID Langkap..

"Ngko tu memang.. kalau P***T tu leh tanggal.. dah tertinggal merata.."

Dah agak dah..
Tiap kali aku tertinggal benda2 penting..
Ni laa ayat keramat dia dok ulang-ulang...

Kadang2 sebelum dia cakap..
Aku potong dulu...

"P***T tu melekat.. confirm tak tertinggal.."

Assistant aku mmg dah masak sangat dgn perangai tertinggal aku ni..
Sebab selalunya aku akan tertinggal pelbagai benda kat PID..
Handphone.. kunci rumah... kunci pejabat... spender Kalep...

Dulu.. masa tu ada handphone je.. takde telefon rumah..
Handphone dah tertinggal kat pejabat...
Aku sedar time separuh perjalanan balik ke rumah..
Mula2 nak patah balik...
Tetiba otak aku berkata-kata..

"Takpe.. nanti sampai rumah aku SMS Hafiz suh bagi handphone kat Izman"
(masa ni Inche Izman sepejabat dengan aku)

Sampai rumah dengan berwajah ceria..
Masuk umah.. kunci pintu..
Bukak handbag nak cari handphone..
Nak SMS...

EEE BODOH TAHAP LANGIT KE LAPAN BETUL !!!

Itu laa aku cakap kat diri sendiri..
Yang tertinggal tu handphone..
Pastu ada hati nak SMS pulak...

Maka dengan penuh semangat kebodohan..
Start balik enjin kereta... hala balik ke PID...
.
.
.

1 comment:

aNiS tHe BumbleBee said...

kih kih kih...hadoi laaaa mcm2 laa terjadi.