Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, August 24, 2010

BSP - Blood Sugar Profile

Hari ini kena ambik BSP pulak..
Kesinambungan dari MGTT yg 2 kali failed hari tu..

Ni aku kongsi laa dengan kome-kome sumer..
Aku tau yang baca blog ni pun..
Ramai dari kalangan obesiti..
Ada gak yang sedang cuba untuk hamil..


Camni laa lebih kurang prosedur BSP..
Sampel darah akan diuji sebanyak 4 kali..
8 pagi.. 11 pagi.. 5 ptg dan 9 malam..

Tujuannya.. nak pastikan sama ada ibu mengandung..
Menghidapi Gestational Diabetes atau tidak..

Dalam ujian ini..
Perlu dipastikan bacaan gula tidak lebih dari 7.0 mmol/l
Ibu harus makan seperti biasa supaya tiada ralat..

Jika keputusan sentiasa melebihi 7.0 mmol/l..
Maka, si ibu perlu mengawal kadar gula dalam darah..
Cara mengawal adalah seperti:

1- Pengawalan makanan bergula dan karbohidrat. Banyakkan makan sayuran, buahan dan bijirin.

2- Senaman ringan seperti berenang, berkebun dan berjalan.

3- Ubatan. Suntikan insulin sebagai cara terakhir yang perlu disuntik pada perut 3 kali sehari.

SO, APAKAH BACAAN PUAN ZEL HARI INI..

8.00 pagi - 5.9 mmol/l
11.00 pagi - 5.1 mmol/l
5.00 ptg -
9.00 mlm -

Masih terkawal tapi sangat menghampiri Gestational Diabetes..
Maka, langkah 1-2 perlu diberi perhatian ketat..
.
.
.

3 comments:

Hazz said...

Saya dulu masa pregnant ank ke 4 pun ada problem ni sedangkan ank2 sebelum ni ok jer..berat badan xde masalah..tp masa MGTT tu memang result failed so suspect diabetes..kena buat la semua bende alah ni...tp berat baby masa lahir 4kg..kena c-sec..kesimpulannya saya memang xde diabetes pun...dugaan masa mengandung mcm tu la..

I want to lose weight said...

4kg.. berat tu

Tapi best gak baby besar ni..
Tak susah nak jaga :)

noradzlina.kamdani said...

perghhhh nk kene cucuk manjang amik drh