Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, October 31, 2010

Sudah lama tidak kena...

Maka malam tadi sudah kena hantam sama mami..
Smpi terbelah dua kening punya menangis..

Mami dah laa tak sihat...
Badan lenguh-lenguh..
Lagi banyak bahan nak dibakar...

Dia pulak.. dari bangun tido kul 8.00 pagi...
Smpi laaaa ntah kul bape pagi lak nak tido...
Melasak.. membuas... memunggah.. menyepah...
Smpi nak jalan kena kuis-kuis dulu mainan dia takut terpijak..

Pastu malam tadi..
Susun bantai banyak2 kat bawah..
Pastu lompat dari sofa..
Mula2 terlanggar meja tepi sofa..
Jatuh handphone mami ke bawah.. smpi terpadam...
Kena marah dah..

Ooooo main lagi lepas tu..
Tak lompat atas sofa.. main hempas2 diri lak atas tilam..
Pastu berguling2 cam ultraman..
Sekali salah guling.. terlanggar lak meja laptop..
Terguling lak laptop aku ke lantai..

Nasib baik masa tu kat tangan mami ada seluar dia..
Bukan hanger..
Zapp.. zapp.. zapp... 3 kali libas..
Kat mana aku pun tak ingat dah..
Tau-tau dah meraung..

Betui dia ni lama dah tak kena..
Tiba2 aku hilang mood nak pukul-pukul dia..
Lagipun takmo bagi adik dia dalam perut trauma sama..
.
.
.

Cloth Diaper

Oleh kerana bulan ini sudah gaji...
Baby lak bakal keluar lagi 3 bulan...
Maka sementara bergaji baik aku buat persediaan apa yang patut..

Ikut malas tahap naga version 8 aku ni...
Memang tak koser laaa nak CD-CD ni...

Tapi tu ler..
PLAN B dah lah takde..
So, plan skang adalah berjimat cermat...
Susu boleh laa perah kat tek yg godang ni...
Diapers?
Takkan nak pakai yg kain 4 segi tu pulakkan...

Maka...
Ni tgh survey2 laaa mana yang boleh bagi harga terbaeeeekkk punyer..
Kat mudah.com mmg banyak yg harga terbaik..
Tapi, la ni aku pening laa pulak..
Banyak sangat BRAND CD skang ni..
Tak cam dulu ada 2-3 brand je..

Antara yg aku jumpa kat mudah.com.my

1) Takde brand = RM10.00 + 1 insert
2) Coolababy = RM23-RM25 + 2 insert
3) KS = RM30 + 2 insert
4) Sunny Baby = RM26.00 + 2 insert
5) Babyland = RM20.00 + 2 insert
6) Papoose = RM30.00 + 2 insert
7) Cutiemam = RM20.00 tapi kena beli 30 pieces
8) Bamboo = RM26.00 insert dah siap jahit + 1 extra

Banyak tulkan...
Kena wat pilihan betul-betul supaya..
Alah membeli.. Menang memakai...

Pada yang sudah berCD..
Apa lagi.. meh laa melampiaskan nasihat2 bernas utk aku..
Supaya aku tak salah beli.. :)

Jasa baik anda.. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..
.
.
.

Bulan sudah hampir cerah...

Sudah muncul..
Sudah boleh dilihat..
Tapi belum boleh dipegang..
Takpe.. janji stress aku dah kurang ler sket :)

Apa pun kawan-kawan..
Perjuangan kita masih belum selesai..
Aku konpem dah tak dapat join korang2 kat Kuala Nerang..
Lakukan yang terbaik untuk masa depan kita hokay!!

~TQVM~
.
.
.

Friday, October 29, 2010

Tuan punya blog tidak sihat...

Start lepas cek BP yg cecah 140/90 tu..
Balik tu mula dah pening2.. mual2..
Tapi sbb pak mentua aku nak g Haji..
Gagah jugak ler pergi Kelana Jaya..
Kat sana pun.. orang sibuk nak detik2 terakhir bersama bakal haji..
Aku lak dok dalam kete sorang2 layan demam..

Malam tu smpi balik dekat kul 11.00 malam..
Lagi teruk ler demam..
Pagi2 bangun terus g klinik balik..
Sebab aku dah mula pening2 dan nak pitam..
Seperti dijangka.. darah tinggi masih mengekalkan paras bahayanya..

Hampir-hampir dah nak naik ambulan g Hosp. Sg Buloh..

Tapi doktor suh balik rumah makan ubat dulu..
Esok nurse datang cek kat rumah pulak..
Sebab kadang2 kat klinik ni bacaan tinggi sebab berdebar..

So, pagi ni.. kul 10.00 pagi nurse sudah mari naik motor..
130/80..
Bawah sudah turun.. so kira ok lah..

Cuma pasni tak boleh nak bawak berlasak-lasak lagi..
Aku agak yg jadi camni sbb balik kampung hari tu..
Dah ler aku drive sndr..
Pastu jalan sebelah2 sana beralun..
Agaknya tu pasal ler badan jadi penat lesu..

Berat turun lagi.. hari tu dah 125.1 kg..
La ni tinggal 121.4kg :(
Huhuhu.. jangan laaa baby kenapa-kenapa..
Bukannya aku tak nak makan ke hape..
Dah nama sakit... selera hilang ler..
.
.
.

Wednesday, October 27, 2010

Hari yang tak berapa baik..

Tak baik laa wei..
BP aku naik ngam soi punya..
Selalu bacaan bawah 80... kali ni smpi 95..
Dekat 4-5 jam gak laa bertapa kat spital dok ambik bacaan HB..

Last-last dapat gak cecah 140/80..
Itu pun tinggi jugak..
Tapi doktor kasi balik rumah dulu..
Dengan ucapan.. kalau pening2 cepat2 check-in..

Jantung baby pun agak low sket hari ni..
142..
Untuk bacaan yang baik mesti atas 160..
Dia pun pressure gak nyer..

Kencing pulak ada darah..
Tapi aku takde pulak sakit masa nak kencing..
Bacaan albumin pun tinggi balik..
Hari ni.. pen biru simpan elok-elok dalam meja..
Semua orang guna pen merah sahaja..

Ok nak siap2 pi Kelana Jaya..
Anto aki Khaleef pi Mekah...
:) Khaleef akan baik laaa untuk sebulan lebey..
Sebab dia ni menjadi-jadi bila aki dia ada..
.
.
.

Tuesday, October 26, 2010

Playful Kiss @ Mischievous Kiss

Drama yang sangat-sangat dinantikan..
Oleh pompuan2 dahagakan lelaki jambu-mambu like ME :))

Kim Hyun Joong hokay heronya..
Heroinnya juga sangat chomel..
Diadaptasi daripada Mangga Itazura Na Kiss...

Hero merupakan pelajar genius yang perfect serba serbi..
Kat sekolah mmg dapat no.1 dengan full mark sumer subject..

Heroin pulak.. dah laa duduk kelas last sekali..
Dah tu dalam kelas tu pun dia antara yang tercorot..

Heroin ni pulak sangat-sangat minat pada hero..
Kadang-kadang perangai taksub dia ni dah cam stalker pulak..

Satu hari.. heroin ni anta surat cinta pada hero..
Hero ni pulak.. dia sangat benci pada perempuan bodoh..
Selalu laa dia mempermalukan heroin ni di hadapan ramai..

Tapi heroin ni tak putus asa jugak..

Yang bestnya.. satu hari rumah heroin ni runtuh akibat gempa..
Tiba2 ayah dia kata nak tumpang duduk rumah kawan..
Rupa-rupanya itu adalah rumah hero..
So, mereka adalah tinggal serumah :)

Sampai laa depa grad dari high school...
Tiba nak masuk U..
Hero of course dapat tawaran U terbaik kat Korea..
Heroin lak.. dia dapat masuk U biasa atas sebab2 hari interview tu ada taufan :)
Tetiba.. hero tolak masuk U berprestij itu dan tukar masuk U sama heroin..

So, masa ni dah agak ler..
Hero ni sebenarnya dah tersuka pada heroin..

Tapi kat U.. 2nd heroin muncul..
2nd hero lak.. masa sekolah comot..
Skang dah kacak laa pulak..

So, apa kesudahan citer yang sangat-sangat sweeeeeeeeettttttt ini..
Seriyes mmg sangat manis taw..
Aku dah ulang citer ni lebih 4 kali..

Mahu ke?
Sila emel ye.. jangan tinggal komen kat sini..
Satu lagi.. no money no talk :))
Lately akak korang ni dah banyak ditipu..
Barang sudah lama dapat.. payment wat-wat lupa pulak..
.
.
.

Study last minute version Paper Maths...

Malam tadi jenuh laa nak suh mamat ni study apa yang patut...
Nak peksa Maths esoknya..
Kira buah dan tulis jawapan..
Tambah yang senang-senang..

Dan-dan tu...

"KALEP DAH TAK SYEHAT NI MAMI"

Oklah dah tak sihat nak wat camne..
Aku tido.. dia pun tido..
Rupanya dia CONG aku je..
Elok aku dah lelap..
Dia pi luar tengok TV balik..
Kul 11.42 malam aku tersedar..
Masak laa kena hamput ngn aku...

Ni study last minute Maths jugak..
Dalam kereta on d way pi sekolah..
Study ultraman TIGA..

Tiga is Three is San...

Takpe Khaleef..
Ko main-main laa skang ni..
Main laa selagi boleh..
Mami dah redho ni ko dapat nombor 10 ke bawah..
.
.
.

Pagi yang sejuk...


Huhuhu.. ni kalau terus sambung tido smpi kul bape suker..
Adalah sangat best..
Bangun je tido.. dah dengar bunyi hujan...
Bukak sliding door..
Bau hujan yg segar menerpa masuk..

Takpe.. sabor2... harap2 pagi esok hujan lagi..
Sebab esok lusa aku adalah coti :))
Bukan mogok tau..
Tapi mmg cuti yang dah mohon awal..
Nak anta mentua aku ke Kelana Jaya..
Nak pi naik haji..

Hari ni perasaan lebih cool..
Wpun duit takde..
Ops.. bukan takde... (mak aku cukup marah klu cakap takde duit)
Duit dah tinggal sikit... :))
Tapi masih mencukupi ler untuk menampung makan minum hari-hari..
Hutang2 takpe.. masih ada beberapa hari lagi..

Inche Izman pun sudah bersiap sedia ngn buku ASB..
Prepare for the worst..
By next week.. kalau takde angin2 lagi..
Maka bye-bye laa saving yg tak seberapa tu..
Nasib baik laki i boleh draw.. klu tak segan nak pi bank..
Dah laa tak banyak.. pastu dok bawak kuar.. masuk jarang sekali..
Tak sempat laa nak tunggu bonus hujung tahun... :((

Tapikan.. semalam ada kawan lama yg keje KPKK, dulu PID..
Bagi khabar gumbira..
Rasa ramai dah kot yang dengar..
Takpe laa... biar lambat asal selamat...
Jangan lambat smpi tak dapat lansung sudah...

OK ols.. ceria-ceria hokay!!
.
.
.

Witch Yoo Hee

Citer ni lama laa jugak..
Tapi skang ni dok main kat 715 Astro Animax..
Genre - Romantic Comedy :)

Citer ni pasal heroin Ma Yoo Hee yang mewarisi syarikat pengiklanan dari bapanya..
Terkenal dengan sifat kejam, tidak berhati perut dan tiada kompromi..
Semua pekerja menggelarkannya WITCH..

Yoo Hee ni pulak..
Tgh desperate giler mencari calon suami..

Hero ni pulak adalah bekas Med student yg benti belajar sbb nak jadi Chef..
Oleh kerana dia telah merosakkan kereta Yoo Hee..
Dia terpaksa jadi housekeeper Yoo Hee selama sebulan..

Masa dia jadi housekeeper ni..
Dia cuba laa merubah Yoo Hee ni jadi yang lebih baik..
Dan jadi trainer @ love coach Yoo Hee dalam mencari calon suami..

Oleh sebab perubahan Yoo Hee..
Telah menarik perhatian 2 org jejaka..
Sorang kawan lama dia dan sorang lagi pakwe pertama dia (2nd hero Goong)..

Walaupun hero dah ada girlfren..
Ntah camne dia pun tersuka laa pulak pada Yoo Hee..

So, sapa yang dapat sudahnya?
Apa jadi ngn cita-cita hero nak jadi chef?
Siapa pilihan Yoo Hee?

Cam tak biasa pulak ;)
.
.
.

Free Sample berbentuk duwit ada tak?

Hari ni 2 free sample dapat..
Libresse yang dah lama aku tunggu..
Dengan makanan kucing..

Mula-mula berdetak gak hati..
Masa kerani pos call aku habaq ada surat register..
Igtkan pejabat lawyer mana lak anto surat..
Kot ye pun aku belum gaji..
Belum ler ada mana-mana bayaran yg belum dilunaskan utk bulan sudah..

Aku ni pun agak rajin gak tau..
Mengisi borang-borang online yang menawarkan free sample..
Kadang2 benda tu aku tak pakai pun..
Contohnya makanan kucing tu..
Aku bukan ada kucing pun...

Kalau tuala wanita FOC..
Memang aku laju je..
Hari tu dah dapat sample Poise..
Ni mintak Libresse pulak..
Dulu mintak Kotex yg kalerpul tuh..

Lagi aku pernah mintak susu sampel..
Diapers sampel..
Lipstick..
Dan apa-apa ajalah yang dikategorikan PERCUMA..

Kalau laa depa bagi duit free di kala-kala begini kat bagus :)
.
.
.

Monday, October 25, 2010

Laksa Udang

Ni ler laksa udang Kuala Sepetang..
Rasanya ok laaa..
Tak sedap sangat.. tapi boleh laa makan kasi perabih..
Udang pun kurang besar..
Maybe bukan musim udang bersaiz besar kot..


Yang tak tahan kalau makan laksa ni ler..
Ada binatang datang teman makan sama..
Kena lak anak aku kasi tumpah ABC kat sini..
Lagi bergumbira ler lalat-lalat tersebut..

Lepas makan laksa udang kat kedai Mak Teh ni..
Terus berdesup pi Kedai Mak Jah lak.
Tapau kuey teow goreng udang + mee udang..
Kalau mee udang kena g kedai Mak Jah..
Lebih marbeles..
.
.
.

Kemain suker lagi :))



.
.
.

Berulang lagi..

Bulan lepas dah jadi camni..
Bulan ni wpun aku dah tau awal..
Tapi kejadian bulan ni lebih ngeri daripada bulan lepas..

Dengan ayat-ayat chenta..

"SAPA SURUH KAMU DATANG KERJA BULAN NI"

Amboi-amboi-amboi....
Manisnya bicara..
Awat hangpa tak anta notis ke.. surat ke.. emel ke.. telegram ke..
Habaq kata bulan Oktober tak yah dtg keje..
Aku pun tak payah laa susah-susah diri je datang..
Baik aku mengusahakan cara-cara lain untuk kelestarian hidup..

Apa pun.. itu hanya bicara-bicara kejam pegawai bahagian lain..
Bahagian lain pulak menyatakan perkara lain..
So, mana satu mau percaya..
Mau percaya yang baik-baik kah?
Mau percaya yang buruk-buruk kah?

Apa-apa pun..
Kejadian berulang pada bulan ni dan bulan-bulan akan datang..
Menyedarkan aku..

SILA JANGAN BOROS BERBELANJA :)

Namun, pesanan penting buat orang-orang penting di sanun..

Kami ni orang jugak..
Ada tanggungan..
Ada banyak perkara nak disetelkan setiap bulan..

Kalau dah confirm masa depan kami gelap..
Maklumkan secara terus terang.. bila.. mengapa.. bagaimana..
Jangan camni, tetiba cakap tak payah datang keje..

Sebelum nak bercakap jahat pada orang..
Cuba cakap benda yang sama pada diri sendiri..
Anda rasa kecewa.. saya pun kecewa sama..

Adakah aku menangis?!!
YE.. tak malu-malu aku nak habaq bagitau..
Sedih bila segala usaha kita yang baik dipandang sepi..
Yang buruk-buruk diagung-agungkan dan dicanang-canang...

Untuk rakan-rakan setugas..
Berdoalah yang baik-baik...

"PUAN" ada bagi emel semalam..
Untuk mengurangkan depresi aku yg sedang sarat hamil ini..
Isi kandungannya seperti di bawah..

"Jadi jgn bersusah hati. Kita perlu berdoa, bersolat hajat, baca yassin ramai2 agar yang benar terserlah dan PID dpt berjalan lancar dan laju kerana kita semua tau aspirasi Negara, wawasan masa hadapan dan hala tuju kita dan masa depan Negara. Tidak guna transformasi ekonomi Negara jika peranan PID yang telah mantap dibubarkan. Ingat senang nak gerakkan PID spt yg ada sekarang? OK buat yg terbaik dan teruskan usaha"
.
.
.

Akhirnya.. Inche Izman pun geram jugak :))

Tikus yang gigit jari aku hari tu..
Ni ler dia..

Kan weekend baru lepas ni aku & Khaleef takde umah..
Pi outstation sambil balik kampung..
So, Inche Izman tinggal rumah sorang-sorang..

Dia pun naik geram ngn ini tikus..
Jalan sana sini.. cam laa kitaorg pelihara dia..
Sikit pun tak takut dengan orang..

Malam pertama tahan jerat tak mengena..
Malam tadi.. dalam kul 4.00 pagi..
Tiba2 dengar besi perangkap tu melibas..
Dia sudah masuk jerat berintikan roti :)

So, hari ini Inche Izman bawak dia on d way ke Mambang..
Pastu lepaskan kat tepi jalan..
Kamiorang mmg tak sanggup bunuh tikus..
Dia pun nak hidup gakkan..
.
.
.

Study last minute...

Dulu papa nyer mengamalkan tabiat camni..
Ni dah jangkit kat anak pulak..
Dah dekat waktu nak tido..
Baru mengkelibut cari buku Bahasa Melayu..
Esok exam paper BM..

I tu FISH...
Bukan laaaa.. I tu IKAN...
Tapi ni gambar FISH...
FISH tu english.. ni melayu..
I tu FISH...

SUKE KO LAAAAAAAA!!!!

Sapa yang tak faham ni..
Papa ke Khaleef?

Camne nak faham..
Buku kat depan..
Tapi mata kat TV tgk higglytown..
.
.
.

Sunday, October 24, 2010

Tapi BUKAN AKU...

6 bakul sudah siap sedia dilipat..
Aku tinggal susun dalam almari sahaja..
Itu pun dah tangguh 3 hari :)

Untuk baju-bajan yang besar-besar..
Adalah dilipat oleh mak aku Hajah Norlia..
Merangkap GB SK Lembah Beringin..
Yang dah mempertahankan UPSR result 100% selama beberapa tahun..
Lagi dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi..
Tetiba.. pi umah anak kena lipat kain ;)

Untuk baju kecik-kecik iaitu baju budak Ahmad..
Dah ada 3 bakul aku tak lipat..
Sebab memang mual tengok baju dia kecik2 dan sangat banyak..
Telah dilipat oleh Papa Mithali bulan Oktober..
Iaitu Inche Izman..
Ini adalah julung-julung kalinya..
Boleh dikatakan adalah pertama kali melipat baju-baju anak..

Wpun nanti kang nak masuk almari..
Aku mesti berasa tertekan jugak..
Sebab dia lipat sesedap rasa..
Tak susun pasangan baju seluar..
Tapi kira dah OK sangat ler tu..

Kenapa kemalasan akak semakin menjadi-jadi..

Alasan common - BIASA LAA.. PEMBAWAK BUDAK :))

Hehehehehehe.. boleh gitu!!!
.
.
.

Friday, October 22, 2010

Sudah sampai kampung...

Bertolak dari Mambang kul 9.00 pagi..
Sampai Taiping dalam 10.30 pagi..
Terus pi shop-shop kat Tepen..
As usual :)

Tapi kali ni tak shop2 untuk mami & Kalef..
Beli baju untuk baby dalam perut..
Takmo jadi cam Kalep..
Tak sempat beli baju... dia dah kuar..
Terpaksa laa pakai baju Sara masa dia baby..

Lagi beli barut baby..
Kalep punya aku dah sadaqoh..
So dah takde lagi..

Sesedap rasa membeli sebab Inche Izman yang bagi duit..
TQ Bie :)

Jangan suh aku tayang baju-baju baby kat sini...
Takde yg special sangat pun..
Sumer brand-brand biasa yg mampu dimiliki..
Tgu baby pakai nanti... itu ler baju nyer..

K, mau siap2 pi makan laksa udang..
Sudah janji sama kawan2 PID Perak..
Depa sumer lone ranger.. aku je datang satu rombongan..
Nasib baik atuk ngn nenek aku takmo ikut sekali :)
.
.
.

Thursday, October 21, 2010

Khaleef pun tak nak kalah :))

Baru je 1 minggu lepas dari masalah kecacingan..
Dapat lak sakit baru..
Dah 2 hari dia cakap sakit telinga..
Hari ni aku bawak ler sekali g klinik..

Doktor check telinga..
Katanya ada luka dalam telinga..
Cam kena benda tajam..
Pastu kena infection kuman ler..
Itu yang sakit tu..

Mana luka tu datang tak tau ler..
Ke dia yang cuba-cuba korek telinga sendiri..
Ke kengkawan kat sekolah tak sengaja cucuk..

DIa ni masalahnya.. bila kita tanya SIAPA BUAT?
Jawapan sumer out of space...
Raksasa Bies laa.. Tomen Kosmos laaa.. Hantu Mata Merah laa..

So, doktor bagi laa antibiotik dan ubat cair taik telinga..

Tapi masalahnya.. susah pulak laa aku nak titiskan..
Tau jelah dia dah besar & kuat..
Pujuk pun tak makan saman nyer..
.
.
.

Masalah uri di bawah...


Bagi yang tak tau.. lebih2 yg belum kahwin..

Uri tu adalah Plasenta..
Uri berfungsi untuk membawa zat makanan dan menghasilkan hormon-hormon penting pada bayi...
Kejadian uri dibawah rahim dipanggil Plasenta Previa atau PP..

Mengikut keadaan semasa.. aku tengah hadapi PP ini..
Tapi belum berapa nak risau sangat sbb aku baru 26 minggu..
So, kena tunggu lagi 2-3 minggu untuk confirmkan adakah aku akan mengalami komplikasi Plasenta Previa ini..
Tarikh appointment telah diberi iaitu pada 28/11..
Untuk jumpa O&G Hosp. Sg Buloh..

Mula-mula tadi cam nak pucat lesi jugak..
Sekali doktor dah explain..
90% chances yang uri tu akan naik menjelang kelahiran nanti..

SO.. DOAKAN YANG BAIK-BAIK JE UTK CHIKO DAN AKAK ZEL KORANG NI YE..

Apa yang bahaya sangat PP ini..
Meh kita kongsi info

1- Bleeding boleh berlaku bila-bila masa tanpa sakit. Pendarahan melampau boleh menyebabkan kematian pada ibu dan anak dalam kandungan..
(lepas ni aku kena elakkan pakai panties hitam.. takut tak perasan bleeding)

2- Kedudukan bayi akan menjadi sonsang atau melintang

3- Kelahiran pra-matang dan pertumbuhan terbantut

4- Ibu pulak boleh mengalami pendarahan berterusan selepas melahirkan dan risiko uri melekat pada rahim

Setakat ni doktor takde laa pesan apa-apa..
Cuma dia cakap jangan angkat benda berat..
Banyakkan berehat..
Kalau duduk lama atau baring lama.. jangan bangun mendadak..
Pastu kalau sakit perut berlanjutan.. cepat-cepat pergi hospital..
Check-in laa barang 2-3 hari :))

Setakat sekarang ni.. aku sakit tang perut ni..
Dalam sehari adalah 2-3 kali..
Tapi belum pernah bleeding lagi..

Huhuhuhuhuhu.. rasa cam nak meraung pun ada..
Lepas HBP.. GDM.. Albumin... Urine Infection... Appenditis..
Igtkan tamat dah episod-episod menyeramkan ni..
Rupanya ada lagi..

Takpe-takpe.. aku just fokus fikir positif..
Mana tau yg dalam perut ni..
Bila kuar kang.. jadi tahfiz ke.. imam muda ke..
Ahli kitab ke.. Ulamak ke..
Dapat laa dia membantu mami dia kat akhirat kelak..
Sapa tahu kan..

Mami rela apa saja..
Janji nanti baby keluar sihat dan baik-baik sahaja :)
.
.
.

Wednesday, October 20, 2010

BP review...

Ni bacaan biweekly BP check-up untuk bulan 10..
Secara keseluruhan OK..
Yang kadang-kadang ada 130/80 tu..
Hat tu pasti budak Kalep ada bersama..
Org sibuk nak menenangkan fikiran nak cek BP..
Dia terjerit-jerit main kat tiang bendera depan klinik..

(SAYA TENGAH PUJUK MAMA SAYA BELIKAN MESIN CEK BP ITU)
(TAK LARAT NAK HULANG-HALING KLINIK 2-3 KALI SEMGU)


Hari ni lak.. nak jadi pasal..
Cam sumer yang pi klinik ibu mengandung refer doktor..
Aku lak sepatutnya bukan minggu ke-3 ni..
Check-up aku adalah minggu ke-4..
Maka bertembung laa aku dengan segerombolan ibu-ibu boyot mgu ketiga..
Punya laa ramai.. lebih 30 orang..
Kalau minggu 4, dapat 6 org pun dah rasa ramai sangat...

Dekat kul 10.00.. baru 8 orang yang diperiksa...

Akak kome.. no. 18 hokay :((
Padahal aku jejak kaki kat klinik tu tepat jam 8.15 pagi..

Eh, korang sumer berkhemah ye malam tadi depan klinik..
Apsal tak ajak aku sekali?!!!!!


Pukul 11.55, baru laa tiba giliran aku hokay..
Setelah hampir keras kematu bontot..
Perut pun dah kejang-kejang..

Masuk dalam tu..
Takde apa sangat laa nak leter pasal BP..
Cuma leter pasal Blood Sugar Profile sebab cecah 8.1mmol

Lepas tu aku habaq laa doktor kata perut aku selalu sakit bhgn bawah..
Doktor pun scan ler..
Baby ok.. jantung ok..
Sekali uri pulak dah ada kat bawah..
Patut laa selalu sakit-sakit..
(citer pasal uri ni nanti aku bagi info.. ni byk nak kena wat auto entry ni ;)

Pong pang pong pang..
12.15 baru setel semua..
Aku dengan tak malunya..

"DOKTOR, BAGI SAYA MC..
NI DAH KUL 1.00, TAKDE MAKNA SAYA G KEJE DAH.."


Maka dapat laa hadiah seperti di atas..
Siap doktor tu offer sekali untuk esok..
Sebab dia ingat perut aku sentiasa sakit..

Aku pun dengan berhemahnya cakap satu hari pun cukup laa..
Lagi pun esok cuti ke tak cuti sama je..
Tetap LAKSA UDANG :)) --> pun nnt reveal...
.
.
.

Thank You :)

Baru lepas baca komen2 reader sumer pasal kena gigit tikus tu..
Lupa nak citer sambungan pastu :)

Aku dah pergi klinik pagi tadi..
Alang-alang nak cek BP tu..
Mintak laa ubat sekali..

ATT atau Injection Tetanus aku tak ambik..
Sebab doktor kata injection tetanus yg aku ambik 3/10 hari tu masih berfungsi melindungi lagi sehingga 6 bulan..
Dia cuma bagi antibiotik untuk sapu pada luka gigi tikus tu..

Malam ni tak jadi pasang perangkap..
Lupa lak Inche Izman kang Sabtu baru balik...
Aku takde laa takut sangat dengan tikus ni..
Tapi kalau dekat2 sangat.. geli jugak..

Selalunya kalau tikus masuk perangkap..
Inche Izman yang akan pergi buang..
Kang kalau aku tahan malam ni..
Esok kena..
Dah satu hal lak aku nak menjaga dia kasi makan minum sumer
sampai Sabtu ni..

Susah jugak nak pupuskan tikus kat area umah aku ni..
Pasalnya kiri kanan umah aku ni..
Sumer kosong lagi..
Pastu ownernya tak peduli pun umah depa..
Semak samun sama tinggi dengan gate..
Pastu gate pi kunci pulak..
Abih tu camne laaa tikus tak membiak-biak..
Umah kosong tukan tkde makanan..
Umah aku laa depa tuju untuk hidup..
.
.
.
.
.
.