Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, October 5, 2010

Terfikir plak..

Pagi ni dengan penuh kelam-kabutnya..
Wpun bangun 6.38 pagi..
Tapi still mengkelibut gak..
Sebab lepas Subuh.. pi hadap lak laptop smpi kul 7.22 pagi..

Nasib baik Khaleef tak sekolah..

Sampai klinik dalam kul 8.05 pagi..
Kul 8.15 dah setel ambik darah utk 1st BSP

8.00 am - 5.1 mmol
11.00 am -
5.00 pm -
9.00 pm -

Pastu teringat lak pasal aku posponed tetanus injection..
So, g laa serah diri untuk inject..
Sakit woo.... lebih2 masa tekan ubat tu masuk..
Rasa cam nak terkancing gigi time tu..
Skang ni seluruh tangan kiri rasa lenguh..
Lagi kat tempat kena inject tu rasa menyucuk-nyucuk...

Apa yang aku fikir?

Aku fikir... kenapa org yang buang anak.. mengandung anak tak sah taraf..
Tak payah pun susah-susah nak wat monthly check-up...
Cek itu.. cek ini..
Inject sana.. inject sini..
Ambik darah sampai lebam2 tangan..
Tapi, sihat je sampai beranak..
Anak keluar kemain comel2 lagi..
Lepas beranak.. banyak lak tenaga nak pi buang anak merata..

Hari tu aku dah tulis kan pasal ni..
Hari ni aku tulis lagi sebab perkara ni menghantui fikiran aku..

Maybe aku dah mula rasa tertekan dengan rutin ke klinik 3 kali seminggu..
Jumpa doktor pakar 1-2 kali sebulan..
Jumpa doktor biasa 1 kali setiap minggu..
Cek BP selang sehari..
Nurse lak 2-3 hari sekali pagi2 dah call..
Tanya aku pening ke? lemah badan ke? takut BP aku naik..

Tertekan laa wei..
Mana nak uruskan anak.. nak anto sekolah.. ambik sekolah..
Lagi nak pi keje... nak ubah jadual kelas..
Nak layan orang2 nak itu.. nak ini..
Pantang aku lambat 10-20 minit..
HP cam broker saham dok bunyi tak henti-henti..
Padahal aku dah letak notis "PN. ZALIA KE KLINIK.."

Bila aku dah sampai..
Igtkan apa laa yang penting sangat tu..
Nak cek Facebook... nak belek Myspace..
Geram je aku...
.
.
.

3 comments:

littlehumblelynn said...

zell

aku pernah terdengar org kata x tau sahih ke x?
menurut org tuh..org yg mengandung & melahirkan anak luar nikah ini..allah cabut sakit bersalin & nikmat bersalin /mgdg itu..(wallahhuallam).......

x tau ler.. :)

takper rerajin g check up.as long as bb sihat..ko pun sihat gak!

I want to lose weight said...

Patutnya dia laa lagi sakit..
Sebab banyak buat dosa

noradzlina.kamdani said...

xpe arr cek bnyk kali, dirog nk ko n baby slmt...adik aku br jek masuk 3 bln pun kene cek setiap minggu sbb RAHIM ade prob...BENGKAK so bahagian msg2 la beb, yg penting korg ank beranak (mami n baby) selamat