Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, October 21, 2010

Masalah uri di bawah...


Bagi yang tak tau.. lebih2 yg belum kahwin..

Uri tu adalah Plasenta..
Uri berfungsi untuk membawa zat makanan dan menghasilkan hormon-hormon penting pada bayi...
Kejadian uri dibawah rahim dipanggil Plasenta Previa atau PP..

Mengikut keadaan semasa.. aku tengah hadapi PP ini..
Tapi belum berapa nak risau sangat sbb aku baru 26 minggu..
So, kena tunggu lagi 2-3 minggu untuk confirmkan adakah aku akan mengalami komplikasi Plasenta Previa ini..
Tarikh appointment telah diberi iaitu pada 28/11..
Untuk jumpa O&G Hosp. Sg Buloh..

Mula-mula tadi cam nak pucat lesi jugak..
Sekali doktor dah explain..
90% chances yang uri tu akan naik menjelang kelahiran nanti..

SO.. DOAKAN YANG BAIK-BAIK JE UTK CHIKO DAN AKAK ZEL KORANG NI YE..

Apa yang bahaya sangat PP ini..
Meh kita kongsi info

1- Bleeding boleh berlaku bila-bila masa tanpa sakit. Pendarahan melampau boleh menyebabkan kematian pada ibu dan anak dalam kandungan..
(lepas ni aku kena elakkan pakai panties hitam.. takut tak perasan bleeding)

2- Kedudukan bayi akan menjadi sonsang atau melintang

3- Kelahiran pra-matang dan pertumbuhan terbantut

4- Ibu pulak boleh mengalami pendarahan berterusan selepas melahirkan dan risiko uri melekat pada rahim

Setakat ni doktor takde laa pesan apa-apa..
Cuma dia cakap jangan angkat benda berat..
Banyakkan berehat..
Kalau duduk lama atau baring lama.. jangan bangun mendadak..
Pastu kalau sakit perut berlanjutan.. cepat-cepat pergi hospital..
Check-in laa barang 2-3 hari :))

Setakat sekarang ni.. aku sakit tang perut ni..
Dalam sehari adalah 2-3 kali..
Tapi belum pernah bleeding lagi..

Huhuhuhuhuhu.. rasa cam nak meraung pun ada..
Lepas HBP.. GDM.. Albumin... Urine Infection... Appenditis..
Igtkan tamat dah episod-episod menyeramkan ni..
Rupanya ada lagi..

Takpe-takpe.. aku just fokus fikir positif..
Mana tau yg dalam perut ni..
Bila kuar kang.. jadi tahfiz ke.. imam muda ke..
Ahli kitab ke.. Ulamak ke..
Dapat laa dia membantu mami dia kat akhirat kelak..
Sapa tahu kan..

Mami rela apa saja..
Janji nanti baby keluar sihat dan baik-baik sahaja :)
.
.
.

10 comments:

Wanita Mutalib said...

moga akak baik2 sajer yer amin :)

Zana said...

Insyaallah takdak apa2.....
moga zel & baby sentiasa sihat & dilindungi Allah....

nurulhudaresad said...

chaiyok mami..moga baik2 je semuanya...amiiin

noradzlina.kamdani said...

ikut nasihat doc..jgn buat keje berat2...jgn STRESS

a l y a a a h m a d said...

insyaallah

MaMa aDaMaQiL said...

jgn rsu k.lang..ara pn time preggy aqil camtu..dh kedudukan bb songsang skit then uri kebawah..time cek kat klinik s.alam doc kate xde treatment n tggu smpi 8bln lbh kalo kedudukan berubah..time tu dh nk msk 8bln..tp still da same..ara g klinik selva kat kkb tu..ade 1 mesin mcm lesung batu tu die doc gelek2 kat bahagian ari2..bile scan blk alhamdulillah uri dh naik n kedudukan bb ok..bile ckp kt doc s.alam die leh gelakk' ara..sabor jelah tp pk bb dh ok lantak la die..apepun hope k.lang n bb ok..aminn

littlehumblelynn said...

zell

ingat pesan doktor..jangan lasak2..yes,pnh dgr gak..selalunya kalo x teruk mmg uri akan naik semula!!

aikkhh tabib.imam?
boy lagik?
takper rezeki allah.. ;)

Ms AiReEn MoHd said...

moga chiko ngan ko selamat...takut plak aku bace ni...

Nieja said...

mudah2 an akan baik2 aje kak zel.. alwiz think +ve yer..

Mak Doyah said...

Insyaallah takde pape, doa banyak-banyak, doktor pun cakap 90% akan kembali normal kan...