Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, March 31, 2010

Boring Yang Amat....

Selalu aku tak layan drama korea ni kat pejabat..
Nmpk huduh sangat laa pulak kan..
Dah ler keje tak berapa nak banyak..
Dah ler FB ngn YM sentiasa on je..
Dah ler blogspot sentiasa di hujung jari..
Lagi nak layan drama kat lappy..

Namun, hari ini aku keje sorang2..
Kelas lak sumer dah dibatalkan..
Bosan giler sey....
Khaleef tadi ada sini.. tiba2 atuk dia lak dtg ambik..
Katanya hari ni takde meeting..
Leh laa jaga Khaleef smpi kul 6.00 ptg..

Aku tak igt sapa yg suggest cite Dal Ja's Spring ni..
Mula2 cam malas nak donlod sbb 22 episod..
Tapi lepas tgk 1-2 episod.. gigih laaa aku donlod smpi abih..

Hero Lee Min Ki, tidak dapat ditanding oleh 2nd & 3rd hero..
Hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada dia sahaja..
Dia ni takde laa hensem sangat..
Tapi kalau dia senyum..

SANGAT CUTE !!! sampai termimpi-mimpi..
Cam hero dalam komik Mangga pun ada..
Kenapa lelaki Korea ni btk badan mereka sangat memberansangkan?

(aboi.. hanakimi.. shila... SILA JAWAB ;))
.
.
.

Garuda menyerang.....

Subuh sepi'ee.. student dah SMS..
"AKAK KAMIOWG G KL.. ADA INTERVW"

G laaa.. aku suka je..
Makanya dah alang2 2-3 org tak leh datang..
Aku batalkan je semua kelas..

PC yang menjadi rebutan sbb ada printer ni pun kosong...
Aku mmg sengaja tak wat network utk printer..
Sebab depa2 ni kadang2 tak nak print..

TAK SENGAJA tekan butang print..
Pastu takmo bayar pulak..
So, penyelesaiannya ini ler..
Meja PC & Printer yg betul2 berdepan ngn meja aku..
Ada BERAN nak tersalah tekan...

Dah lama tak citer pasal makcik2 di PID kan..
Sebabnya.. la ni tengah berjalan..
Program Kelas Komputer Lepasan Sekolah..
Tunggu laa bulan 5 nanti..
Mereka akan muncul kembali..
Untuk memporak-perandakan minda aku dah cool lama ni..

Pn Pengurus watpe pagi ni?
Sambil2 menghapdet akaun PID..
Seperti biasa mem"bakar" apa yg patut dibakar..
Skang tak leh bakar kat umah dah..
Nak jimat letrik..

Apsal rajin wat akaun?
(aku tau nnt Ezey ngn MR akan tanya)..

Sebab aku nak kenal pasti jumlah sebenar..
Duit aku yg telah dibelasah oleh PID..

Dan perpindahan wang dari akaun PID ke akaun aku akan berlaku pada hari ini..
Sebab.. weekend ni nak balik kampung..
So time for new shoes and new handbag :)
.
.
.

Percaya laaa Mah...

Semlm aku 1/2 day sbb kesian nak bawak Khaleef hari2 mai PID..
So, disebabkan hujan lebat..
Dalam kul 3.00 ptg tu aku dah siap sedia nak tido..
Tp Khaleef kata dia nak tgk Tom & Jerry..
Takpe laa.. aku tido dulu..

Sekali aku bangun kul 5.30... bau hebok satu umah..
Dah tau dah bau apa..
Terus raba bontot Khaleef..
Sebeban t**k dlm diapers..

Dan... seperti biasa.. dia leh tido cam takde apa2..
Kul 7.30 malam baru bangun..

Skang ko percaya tak Mah?
Yang anak aku TAKKAN GANGGU MAK DIA TIDO :))
.
.
.

Bila?!!!

Bila laaa dagu 2 tu nak hilang..
Exceli kalau aku bukak tudung..
Dah nampak cam 3 lapis tau...
Kalau aku buh warna pada setiap lapis..
Hasilnya.. pastilah spt KUIH LAPIS..

Hapdet 3DFC Minggu 3..

Hari Pertama
Epal - 1
Lai - 1
Oren - 7 + air lemon 1 bekas
(mmg tercherry berry)

Malam
terung kecik salut dgn udang kering tumbuk & bakar atas grill pan
rasa tak sedap sgt.. tp kenyang..
aku mmg hantu terung... masak apa pun jalan...
(aku lupa lak nak snap gambor)

Hari Kedua
Lai - 1
Oren - 3

Malam
cam nak buat sayur2 rebus bersama ikan bilis sbg perasa..
tapi aku ni selalu berangan je lebih..

Ptg ni nak kena pi stock-up buah..
Oren dah abih..
Lain tinggal 2 biji

TAPI !!!!!

Berat aku tak turun pun..
Hanya pi balik pi balik 100-200 gram gitu..
Nak period kot..

Selalu kalau nak period..
Simptom2 berat naik tetiba @ statik ni akan berlaku..

Anyway, peserta-peserta lain..
Teruskan usaha anda...
Pelbagaikan menu sihat..
Garam + gula brg secubit ok kot..
Jangan laa smpi sesudu teh @ sesudu makan pulak..
.
.
.

Tuesday, March 30, 2010

Mami ke mana.. Anak ke mana...

Kul 11.20 malam.. baru aku kuarkan beg sekolah dari kereta..
Selalu mmg tak pernah keluar kete..
Sebab keje sekolah buat kat umah Mak Long..
Ni Mak Long takde satu minggu..
Kena laa aku lak monitor keje sekolah dia..

11.40 pm.. aku bukak facebook dah letak status..
"BARU PUKUL 11.40 mlm dah mengantuk..."

Tanpa disedari.. lepas taip ayat tu aku terus TERTIDO..
Dengan tangan ala2 landing atas keypad laptop..
Khaleef yang meraban wat keje sekolah sorang2..

Tau-tau sedar2 dah pukul 7.05 pagi...
Baru laa terkelam kabut cari remote nak tutup TV..
Nak shut down laptop..

Tgk buku sekolah Khaleef..
Mmg takat tu jelah dia buat spt dalam gambar..
Bangun tido pagi ni dia pun sibuk laa nak wat keje sekolah..
Aku cakap "TAK PAYAH.. SIMPAN DALAM BEG!!!"

Sian Khaleef... tido mana sempat je..
Susu pun tak bancuh..
Satu kebaikan Khaleef ni..
Kalau mak dia dah tido dulu dari dia..
Mmg dia takkan ganggu @ kejut nak itu nak ini..
Pandai2 laa dia bawak diri..
.
.
.

Coffee Prince...

Citer ni tgh tayang kat 8TV weekend...
Tak tau ler dah abih ke tidak..
Aku tak suka tgk 8TV sbb depa sumer cakap mandarin..

Citer ni flow laju.. tak banyak meremeh2..
Citer pasal heroin yg disalah sangkakan sebagai lelaki..
Mula2 jumpa hero.. dia berlakon jd pasangan gay..
Lepas tu bila tau hero nak buka cafe.. dia pun nak join..
Tapi hero kata Coffee Prince.. so sumer pekerja mesti lam cha (lelaki)..
So, dia pun teruskan ler menyamar jadi lelaki...

Sampai laa satu tahap.. dia rasa cinta sangat kat hero..
Hero lak suka dah kat dia...
Dan anggap diri dia dah tukar jadi GAY..

Lambat ler baru pecah rahsia yg heroin ni sbnrnya girl..

Ada banyak romantic and kissing scene..
Juga ada 2nd hero dan 2nd heroin yg tak berapa penting...

Ni kakitangan Coffee Prince..

Kalau sapa perasan..
Heroin citer ni adalah heroin yg sama citer Goong..
Dan dia ni berlakon jadi lelaki..
Jauh lebih baik dari Go Mi Nam dalam You're Beautiful..
.
.
.

Nyaman taw....

Memang best kalau budak Ahmad tido awal..
Aku siap selimutkan lagi supaya dia nyenyak tido..
Off tv + lampu.. biar seolah2 dah tgh malam..
So, kalau dia terjaga balik.. dia akan cepat2 tido semula..

Hari ni masih ikut aku ke pejabat..
Mmg tension giler.. tapi apa nak buat..
Kena lak hari ni hujan.. mula2 dia dok kat koridor je...
Sekali lagi aku tgk.. kaki dah masuk dalam longkang..

Puas ler menjerit2 cam orang giler..
Takde dia peduli pun..
Takkan aku nak debik lak dia kat opis kan..
Bawak bersabor banyak-banyak jelah...


Heheheh sudah pasang hokay..
Tapi sejak pasang ni..
Asyik hujan petang membawa ke malam je taw..
Takkan nak jakun sangat lak musim sejuk berecon bagai..
Pasang kipas pun dah sejuk...
.
.
.

Monday, March 29, 2010

3DFC - Result Minggu ke-2


Result minggu lepas sudah keluar..
Secara puratanya, semua peserta mengalami penurunan..
Faiza - penalti 1 kepada anda sbb naik berat sblm sesi 3DFC berikutnya..
Jangan gusar.. kerana ada lagi 2 peluang...

Minggu ini, penganjur memulakan sesi 3DFC dengan penalti juga..
Last week tamat dengan 118.1kg..
Hari ni memulakannya dengan 119.4kg..
Kalau mak aku catering 3 hari berturut..
Ni ler hasilnya...
Pastu siap berjimba ngn Lin (x-99HTN) kat SR..

Apa-apa pun, minggu ini aku mengharapkan turun 2kg..
Sapa2 yg belum anta result..
Masih boleh hantar... tp tidak akan dipublish ler..
.
.
.

Kalau Pn Zel yang jumpa...

Harus..
Kalau tak histeria..
Pengsan terus tak sedar diri 4 hari 4 malam..

Camne tu nak bawak pi spital?
Camne nak tukar2 katil spital?
Sapa yang nak angkat tu?

Oleh itu.. saya takmo pergi kopitiam tersebut lagi..
.
.
.

Sunday, March 28, 2010

3DFC - Minggu 3

Aku tak start lagi..
Maybe lusa..
Sbb ni berat naik sbb banyak makan...
So, kasi cool down sket sblm mula balik..

Yang lain-lain..
Sila anta result anda.. di emel atau diblog..
Akak nak kutip and publish result esok malam...

Jangan wat-wat lupa taw..
.
.
.

TAG tentang aku, mengandung, beranak dan anak....



1. How old were you when your first child was born?
2006.. Zel was 27 y.o

2. What month and year was your youngest child born?
He is the only one.. Born on 21st of August
(hari Siti & Dato'K nikah = Isra' Mikraj)


3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
UPSET !!! sebab.. kami baru nikah tak sampai sebulan
& BELUM BERSANDING LAGI

Ada lagi 4 bulan nak tunggu hari bersanding..

4. Who did you tell first?
My husband - Inche Izman..
As expected, he was not excited at all..


5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy?
Start with 90kg and last with 103kg

6. What did you crave while you were pregnant?
Craving teruk sangat tu takde rasanya..
Tapi sangat addicted to sleep..

Rasa cam nak tido 7 hari tanpa bangun-bangun..

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Yup.. 1st month pregnant,
i had a dream Inche Izman played with 3 children..

The tallest is a boy, 2nd also a boy and the youngest is a girl..
Scan masa 4 bulan ++.. dah jelas sangat bird Khaleef tu..

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Nope.. but at 30 weeks, air ketuban dah mula low...

9. How much did your first child weigh?
3.10 kg

10. Was your first child early, late, or on time?
3 weeks early from due date.

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Khaleef has Asthma and after he was born, no sleep at night for 40 days :((

12. What's your favorite part of being a mom?
I can SURUH he to do this and that (hahahahaha...)

13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Papa ler.. time anak menangis malam..
dia leh tukar masuk bilik lain sambung tido...


14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Good Luck !!

15. Did you always think you'd have kids?
Yup

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Suprise that his poop is more BUSUK than mine..

17. Are there things you miss about life before kids?
I miss my TV.. my astro.. my DVD player...

18. How many children do you have?
One

19. Do you plan to have any more children?
Yes.. ASAP

20. Who's the mom that you admire most?
My mum of course...

And I would like to tag my frens..
Bebudak PID yg dah jadi mak..
EZEY.. wpun ko lapang.. jangan nak miang

1)Ima Kota
2)Rahima Spg 4
3)Linda Sg Pelek
4)Rehan Rasa
5)Dia Langkap
6)Aslida Kuala Krai
7)Ita Kuala Besut
8)Nunu Sg Air Tawar
9)Azrin Sg Pelek
10)
.
.
.

Utk Auntie Aireen... TQVM

Kata orang.. biar cam kelambu dari sarung nangka..
Nmpk gayanya.. tidak boleh dilaramkan sekarang..
Kena tunggu lebih kurang 1 tahun lagi..
Anyway, TQVM utk Eryn..

Ni dah berjangkit kegilaan mak dia..
Ala2 MySpace menjojokkan...

Lagi aksi MySpace...

Hensem sangat laa tu konon...
.
.
.

Tiba-tiba rajin..

LWC takde ruangan Dari Dapur Pn Zel..
Sbb Puan Zel sangat sangat sangat malas memasak..

Tapi hari ni tiba2 sangat rajin..
Selalu bakar ikan sapu kunyit ngn garam je..
Ini siap tumbuk2 perencah perap lagi..
Air asam selalu cili, bawang, belacan, air asam ramas je..
Ini siap wat cam dalam buku resepi..

Ini lak resepi ciptaan sendiri..
Cendawan goreng udang kering tumbuk bawang putih..
Sedap ler jugak..
Laki aku makan tambah nasi 2 kali..
Pagi ni timbang tiba2 dah 45.2kg... tu kira berjaya ler tuh..

Zel timbang?!!!

SADAP YOU HOKAY !!!
.
.
.

Saturday, March 27, 2010

Akademi Fantasia 8 - Konsert 2

Walaupun malam ni rasa cam banyak keje lain..
Tapi masih mau jugak buat komen juri di rumah..
Masih menggunakan konsep yang sama..
Aku tak tengok lansung diari AF... dan
Aku komen dulu sebelum juri-juri komen..
So, komen yang bersih tanpa dipengaruhi komen org lain..










Namun......
Komen aku dipengaruhi rasa bengkek dgn budak ni..
Kan depan aku ni jugak laa dia nak merempit..
Kena tengking sekali.. pi laa jauh sket..
Jap lagi mai balik..

1- Ema - Pakai Buang
Mula-mula cam okay je..
Lama2 aku dengar dah cam burung tekuak sakit rengkong lak dah..
Kuak.. kuak.. Buang... Bah...





2- Daus - Menatap Matamu
Too easy.. sampai aku rasa tak adil utk pelajar2 lain..
Penyampaian yang ala2 chicky..
Tapi tak cukup utk buat akak merembes...





3- Nad - Aku Wanita Biasa
Lagu yang sedap lain macam..
Tapi diberi suara sedap yg macam biasa..
Rasa cam tak kena..





4- Alif - Dance With My Father
Betui laa suara dia ni tak padan dengan badan..
Tapi untuk lagu ni.. oklah sedap jugak...
Memaparkan wajah ayah dia yg sedih..
Pasti akan membantu afundi mamat ni..





5- Farina - Ketentuan
Sedap lagu sedih ini.. Ekpresi muka yg tak over..
Tapi masih satu persembahan biasa yg aku takkan ingat lepas aku masuk toilet kejap lagi..





6- Iwan - Mencari Konklusi
Intro kemain lagi.. Masuk suara terus hancussssss...
Apsal ek, ramai sangat suka dia ni kata suara sedap..
Energy level dia tak sampai untuk lagu ini..
Sama cam Nad.. suara under level (ada ker term ni)..





7- Anum - Sekadar Dipinggiran
Aku cam suka lak personaliti Anum ini..
Minggu ini jauh lebih baik dari minggu lepas..
Suara dia ni rock-rock lembab sket..
Kalau dapat lagu yang mmg kena ngn suara dia..
Pasti melepssssss!!





8- Ain - Happy
Cam mengah pulak minah ni minggu ni..
Itu baru suh goyang2 je..
Kalau suh menari ikut kareografi btul2.. mau semput..
Tapi aku masih suka persembahan dan suara dia..
Seperti minggu lepas jugak..





9- Maulana - Aku lupa plak..
S.Maria tu mmg mak Maulana ke KASEH?
Aku ni diari ke.. debaran ke.. hape ke semua tak tengok..
Aku betui2 tengok konsert je..

Anyway, Maulana nyanyi best..
Akak suker...
Haruskah akak tukar anak hayam?!!





10- Shahir - Jangan Nakal
Lagu peberet Khaleef..
Adoyai... angkat kening wat akak fall in love tau..
Sorang lagi suara UNDER LEVEL..
Nak wat sore relax & cool ler konon..
Lansung jadi tak sedap.. cam tak bersungguh..
Menari cam nak tak nak je..
Anak aku lak yg lebih-lebih jogetnya..


(akak sedey taw nak letak katak ni... )


11- Adira - Ku Percaya Ada Cinta
Lagu Siti ke ni.. (juri tak buat homework)..
Sebab sooooo like Siti..
Tapi bagi aku dia bagus..
Wlupun ada backward kadang2..
(ada ke term BACKWARD).. hahahaha..




Keseluruhannya.. konsert adalah sangat BOSAN & BORING..
Aku asyik terkenang-kenang..
Keseronokkan Eryn menghadap Amy Search kat Istana Budaya..

Aku nak komen juri laa pulak..
Why ini adalah pertandingan menyanyi..
Tapi takde sorang pun expertise dalam bidang nyanyian..
Then asyik kata INI ADALAH PERTANDINGAN MENYANYI..
Buat kali pertamanya.. aku rasa Aznil sangat tidak relevan...
Takde apa yang membuatkan dia menjadi juri pertandingan nyanyi..
.
.
.

Thursday, March 25, 2010

Sesudah 3DFC Minggu ke-2

Ini lah dia bacaan akhir pagi ini..
Agaknya kalau lepas konsert malam tadi aku tak makan nasi..
Mesti lagi ringan dari ini..

Mlm tadi.. abih konsert dalam kul 11.00 mlm..
Ajak Inche Izman round2 dulu..
Maklum ler lama tak berada di KL malam hari..

Kul 12.00 pagi camtu baru balik..
(Maknanya 3DFC sudah tamat)
Smpi Batu 16, perut mmg sudah sedia lapar..
Lagi laa lapar...
So, ajak ler benti makan..

Aku makan nasi putih daging merah + tom yam campur..
Dalam kereta balik tu.. perut punya memulas..
Tak tau nak cakap laaa..
Sampai kena bukak tingkap hokay..
Sbb aku asyik melepas angin je..

Ini laa yang terjadi.. bila perut dah 3 hari kosong..
Tiba2 isi dengan sesuatu yang berat & banyak..
Malam tadi cherry berry smpi 4-5 kali ke toilet..

Oleh itu.. keputusan MINGGU 2 - 3DFC Zel ialah

119.6kg - 118.1kg = turun 1.5kg

Jadi laaa... janji dah turun ;)
Ni susah nak menten 118.1 ke bawah..
Mgu ni Hajah Norlia ada catering 3 hari..
Huhuhuhu....
.
.
.

Konsert Amy - Suatu Masa....



Akhirnya..
Tertunai gak hasrat aku nak bawa Inche Izman tgk Amy Search..
Dulu aku janji masa Konsert Di Awan Biru..
Tapi time tu masa lak tak sesuai...

Kami smpi kat Istana Budaya dalam kul 8.00 mlm..
Tu pun dah gelabah2 takut terlambat..
Tiket lum collect lagi lak tu..

Oleh kerana ini pertama kali aku ke IB..
Siap paksa Inche Izman pakai kemeja + slack..
Yelah.. aku baca kat ETIKA ORKESTRA..
Siap suh pakai baju batik @ formal suit..
Kalau ikut jurus aku ni.. ada yg tiba2 jadi YB lak kat konsert tu..

Punya luruih.. smpi Inche Izman nak bawa sweater pun aku tak bagi..
Pasalnya sweater tu kolar bulat..
Sesuai ngn kekedingan dia... suasana di sana sangat sejuk..
Nasib ada jual t-shirt Amy kat luar dewan..
Beli laa selai wat penahan sejuk dia..

Kecik sket kan muka sejak2 3DFC ni..

Inche Izman kalau snap gambor aku..
Mmg tak tau nak cari angle yg memberi ilusi..
Main snap je.. membuatkan aku kelihatan spt 8 bulan peknen..


ULASAN KONSERT
NOTA TENGAH BADAN : Ini adalah pandangan peribadi aku sendiri. Tiada unsur-unsur jahat yang berkaitan.

Ntah kenapa.. aku merasakan...

Kalau aku pembeli tiket RM300..
Adalah sangat tidak berbaloi-baloi...
(mlm tadi aku duk kat sit RM300 tp bayar RM100 je)


Pembukaan konsert Amy nyanyi lagu fast..
Muzik terlalu kuat utk dewan kecik tu..
Mic juga terlalu kuat.. smpi tak tau apa yg Amy nyanyi...

Pastu dengan penari-penari bg aku yang BUTA SENI ni..
Sangat mengganggu konsentrasi..
Sesuai laa dengan pengarah konsertnya..
Menjadikan konsert Amy ni.. SOOOOOO Ogy Ahmad Daud..
(i peminat kak ogy no.1 hokay)

Tapi kalau nak tengok Amy berlakon dengan baik..
Pentas ini laa tempatnya..
Suara Amy sangat baik..
Paling melepssss adalah muzik orchestra nyer..
Mmg sedap sangat-sangat kuasa lapan...

Masuk 2nd phase... lagu2 yg aku tau..
Aku dah mula enjoy..

Masuk 3rd phase.. Amy muncul dengan set katil..
Yang ni aku dah over enjoy..
Mula dengan Rozana... Nigina.. Laila...
Abihkan dengan lagu peberet aku Tiada Lagi..

Oh ye.. bagi yang hafal lagu PAWANA utk preparation g konsert Amy..
Tukar ler..
Baik pi hafal Asma'ul Husna hokay..
Seriyes aku tak gurau ni.. mmg ada lagu tu..
Dan adalah SANGAT SEDAP !!!!!

Namun begitu.. kalau diberi peluang..
Aku nak menonton sekali lagi..

Oh ye.. Inche Izman nyenyak tido malam ni tau..
Masa lagu KERJA GILA..
Tiba2 Amy muncul sebelah aku hulur tangan..
Aku lak terkujat dengan mata tak berkedip..

Laki aku terus hulur tangan salam..
Aku tgh pegang kamera time tu..
Terus snap.. tapi bukan AMY, lantai IB...

Tu tapak kasut Amy lepas dia salam ngn Izman

Malam ni.. malam esok.. malam lusa.. ada lagi konsert ni..
Boleh terus beli tiket kat sana..
Tapi tinggal yg rege 250 dan 400 sajork hokay..

Mesti malam2 berikut ni dah best..
Sbb depa dah tau masalah mic dan music masa awal2 konsert...

Apa-apa pun... PHEEEEWWWWIIIITTTTTTTT !!!!!
.
.
.

Wednesday, March 24, 2010

HOT !!!!

Mmg betul-betul punya panas...
Dengan org ramai dok kuar masuk kuar masuk..
Econ pasang pun dah kuar angin panas..
Menjadikan mood rosak ini hari..

Dah laa econ serupa oven..
Peti ais pun ikut mogok sekali..
Tetiba motor peti ais rosak..
Cina kedai tu cakap.. kalau nak baiki dalam 300-400..

Aku just cakap..
U tolong angkat ini peti ais campak sana tong MDTM..
Tak koser laa aku nak baiki..
Lebih mahal dari harga beli pulak..
So, tamat laa riwayat peti ais pejabat aku ni..

Wpun hujan kemain lebat kat luar..
Udara disedut masih udara panas..
Kalau laa umur aku 3 1/2 tahun..
Selamba je g mandi ujan kat luar..

Tapi.. kalau aku 3 1/2 tahun..
Konpem berbirat pastu mak aku bantai dgn paper gulung..

Ye.. dulu-dulu mak aku kalau memukul..
Dia gulung2 paper tu dah bantai..

Adakah sakit?!!!

Tidak sebenarnya.. lansung tak sakit..
Tapi saja-saja wat dramatik..
Menangis smpi nak tekak nak jatuh ke lantai..

Tak serupa Khaleef..
Kalau kena debik.. memang betui2 aku debik dia..
Lepas tu nyesal...

Semlm aku cubit dia sbb tendang aku ngn kaki.
.
Pi kat nenek dia..

"NENEK.. AMBIK PISAU POTONG TGN MAMI..."

Pastu nenek dia cakap..

"Kalau potong tgn mami.. sapa nak wat susu?"

"CMTU POTONG LAA KAKI DIA..."
.
.
.