Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, October 25, 2010

Berulang lagi..

Bulan lepas dah jadi camni..
Bulan ni wpun aku dah tau awal..
Tapi kejadian bulan ni lebih ngeri daripada bulan lepas..

Dengan ayat-ayat chenta..

"SAPA SURUH KAMU DATANG KERJA BULAN NI"

Amboi-amboi-amboi....
Manisnya bicara..
Awat hangpa tak anta notis ke.. surat ke.. emel ke.. telegram ke..
Habaq kata bulan Oktober tak yah dtg keje..
Aku pun tak payah laa susah-susah diri je datang..
Baik aku mengusahakan cara-cara lain untuk kelestarian hidup..

Apa pun.. itu hanya bicara-bicara kejam pegawai bahagian lain..
Bahagian lain pulak menyatakan perkara lain..
So, mana satu mau percaya..
Mau percaya yang baik-baik kah?
Mau percaya yang buruk-buruk kah?

Apa-apa pun..
Kejadian berulang pada bulan ni dan bulan-bulan akan datang..
Menyedarkan aku..

SILA JANGAN BOROS BERBELANJA :)

Namun, pesanan penting buat orang-orang penting di sanun..

Kami ni orang jugak..
Ada tanggungan..
Ada banyak perkara nak disetelkan setiap bulan..

Kalau dah confirm masa depan kami gelap..
Maklumkan secara terus terang.. bila.. mengapa.. bagaimana..
Jangan camni, tetiba cakap tak payah datang keje..

Sebelum nak bercakap jahat pada orang..
Cuba cakap benda yang sama pada diri sendiri..
Anda rasa kecewa.. saya pun kecewa sama..

Adakah aku menangis?!!
YE.. tak malu-malu aku nak habaq bagitau..
Sedih bila segala usaha kita yang baik dipandang sepi..
Yang buruk-buruk diagung-agungkan dan dicanang-canang...

Untuk rakan-rakan setugas..
Berdoalah yang baik-baik...

"PUAN" ada bagi emel semalam..
Untuk mengurangkan depresi aku yg sedang sarat hamil ini..
Isi kandungannya seperti di bawah..

"Jadi jgn bersusah hati. Kita perlu berdoa, bersolat hajat, baca yassin ramai2 agar yang benar terserlah dan PID dpt berjalan lancar dan laju kerana kita semua tau aspirasi Negara, wawasan masa hadapan dan hala tuju kita dan masa depan Negara. Tidak guna transformasi ekonomi Negara jika peranan PID yang telah mantap dibubarkan. Ingat senang nak gerakkan PID spt yg ada sekarang? OK buat yg terbaik dan teruskan usaha"
.
.
.

2 comments:

noradzlina.kamdani said...

sabo ye zel...

norh said...

InsyaAllah Dia akan tambah rezeki anak tu.. sabar bebanyak ye..